Dayang Nurfaizah - Google Blog Search |
Ibu <b>Dayang Nurfaizah</b> Tidak Bimbang Jodoh Anak - Gua.com.my Posted: 12 Jul 2013 09:13 PM PDT Bakal menjangkau usia 32 tahun pada 20 Julai ini, Dayang Nurfaizah sering kali dibelenggu persoalan mengenai perkahwinan. Namun, dia enggan membebankan otak mengenai isu tersebut dan menyerah seratus peratus kepada jodoh. Bagi Dayang, isu perkahwinan tersebut bukanlah perkara yang membebankan benak fikirannya. Ini kerana ibu bapanya sering memahami kerjayanya dan tidak terlalu memberikan tekanan kepada dirinya. Bagaimanapun, dia tidak bercadang untuk menyerahkan perihal jodohnya kepada ibu bapanya kerana dia berpendapat hal sebegini perlu diusaha dan dicari sendiri. "Risau ada juga apabila difikirkan mengenai jodoh Dayang ini, tetapi kita sebagai ibu tidak boleh memaksa. Ada juga saudara dan rakan-rakan di Kuching yang menanyakan mengenai perihal ini, namun saya jawab tiada lagi," kata ibu Dayang, Puan Nona Mahrawi ketika ditemui di majlis berbuka puasa Dayang bersama anak-anak yatim di Prince Hotel, Kuala Lumpur, kelmarin. Selain itu, kemesraan yang lahir antara Dayang dan anak-anak yatim yang hadir menimbulkan tanda tanya sama ada Dayang akan mengikut jejak langkah beberapa orang selebriti yang belum berkahwin namun mengambil anak angkat sebagai peneman hidup. "Saya belum bersedia dan tidak berani untuk mengambil langkah tersebut kerana sama ada anak angkat atau anak sendiri, tanggungjawabnya masih sama. Saya tidak mahu mengambil anak angkat tetapi akhirnya kebanyakkan masa ibu saya yang menjaganya," katanya. Dayang berpendapat apabila tiba masanya nanti dia akan mendapat cahaya mata melalui perkahwinan yang sah bersama jejak pilihan hatinya. Ini kerana bukan senang baginya untuk mengambil anak angkat memandangkan kerjayanya sebagai seorang artis menuntut waktu bekerja yang tidak tentu masa. |
You are subscribed to email updates from Dayang Nurfaizah - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan