Nuffnang

Rabu, 25 September 2013

Memey Suhaiza - Google Blog Search

Memey Suhaiza - Google Blog Search


<b>Memey Suhaiza</b> Bertudung Bukan Untuk Berpolitik - MyNewsHub

Posted: 05 May 2013 11:15 PM PDT


PETALING JAYA – Pelakon Memey Suhaiza menjelaskan tidak pernah terfikir untuk bergiat aktif dalam dunia politik selepas mengenakan imej bertudung.

Memey atau nama sebenarnya Suhaiza Suhaimi, 25, berkata, dia hanya akan menjalankan tanggungjawabnya sebagai rakyat Malaysia seperti keluar mengundi dan tidak berhasrat untuk mengikut jejak sesetengah artis yang aktif berpolitik selepas berhijrah.

"Tidak pernah untuk berpolitik kerana tujuan asal menutup aurat bukan kerana perkara itu. Bagaimanapun sebagai seorang rakyat saya akan menjalankan tanggungjawab seperti keluar mengundi dan sebagainya," katanya ketika dihubungi mStar Online pada Ahad.

Memey juga memberitahu dia juga teruja dapat keluar mengundi buat pertama kali di tempat asalnya, Felda Tenggaroh Selaran 1, Kota Tinggi, Johor pada Ahad.

Memey mula mengenakan tudung ketika menghadiri majlis sukan anak tirinya, Mohamed Danish Hakim, 8, dua minggu lalu dan mengakui selesa dengan imej tersebut.

Selain Mohamad Danish Hakim Memey turut mempunyai dua orang lagi anak tiri iaitu Marissa Dania Hakim,6, dan Maria Danisha Hakim yang berusia tiga tahun hasil perkongsian hidup pelakon Norman bersama bekas isterinya, Abby Abadi.

Memey mempunyai seorang anak Mohamed Darwisz Hakim yang baru berusia dua bulan hasil perkahwinannya dengan Norman.

Dalam pada itu, Memey memberitahu dia tidak mahu dikaitkan dengan fahaman politik Abby Abadi walaupun keputusannya bertudung ada berkaitan dengan wanita berkenaan yang sering menasihatinya untuk berhijrah.

Kata Memey, dia sangat terbuka dengan Abby yang tidak jemu menasihatinya tambahan pula ia adalah perkara yang baik dan mereka sering berbual mengenainya.

"Saya dan Abby tidak pernah berbual mengenai politik dan saya juga tidak mahu mencampuri urusan politiknya kerana itu adalah haknya dan saya hormati.

"Seperti yang saya katakan, saya tidak pernah berminat untuk bergiat aktif dalam dunia politik dan perubahan ini tiada kena mengena dengan perkara tersebut," jelasnya.

Sementara itu, Memey berkata dia bersyukur apabila rezekinya dalam bidang lakonan semakin mencurah-curah sejak tampil bertudung.

"Sebelum ini ada juga terfikir akan nasib saya dalam bidang lakonan selepas bertudung tetapi ternyata telahan saya meleset. Alhamdulillah rezeki sangat murah," jelasnya. – mStar

Iklan Teks:

PERINGATAN: Mynewshub tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

<b>Memey Suhaiza</b> Doakan Kebahagiaan Abby Abadi - Gua.com.my

Posted: 25 Jul 2013 10:01 AM PDT

Pelakon Memey Suhaiza yang juga merupakan isteri kepada pelakon Norman Hakim mengakui berasa gembira apabila pelakon serta penyanyi, Abby Abadi menemui jodoh baru selepas lima tahun berpisah dengan Norman.

Walaupun berita pernikahan Abby menggemparkan industri hiburan tempatan, namun Memey menganggap ia sebagai ketentuan Ilahi dan mendoakan agar Abby bahagia dengan suami barunya, Muhammad Noor Farhan Che Bakar yang dinikahi pada 9 Julai lalu, di Selatan Thailand.

"Memey tumpang gembira apabila dapat tahu Kak Abby sudah berkahwin. Memey sentiasa mendoakan yang terbaik untuk kebahagian Kak Abby. Memey gembira jika dapat tengok Kak Abby bahagia dan Memey doakan rumahtangga yang dibina ini kekal sehingga akhir hayat," ujar Memey kepada GUA.

Abby yang berkahwin dengan pemuda 12 tahun lebih muda daripadanya membuat keputusan untuk menamatkan zaman jandanya selepas berkenalan selama dua minggu dengan jejaka tersebut. Abby dijangka mengadakan majlis persandingan pada 31 Ogos 2013 manakala majlis di pihak lelaki akan dibuat di Tumpat, Kelantan pada 6 September 2013.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan