Nuffnang

Rabu, 25 September 2013

Elly Mazlein - Google Blog Search

Elly Mazlein - Google Blog Search


Lirik Lagu <b>Elly Mazlein</b> - Sabarlah Hati

Posted: 31 Aug 2013 11:57 AM PDT

Elly Mazlein - Sabarlah Hati Chord    Intro: Bm Dm G C A B F#m Em Bm Am G C B    Em Am G  Saat Kau datang dalam hidupku  C A B  Ku sangka ini cinta terakhir  Em Bm Am G  Ternyata malam penuh bintang  C A B  Berakhir dengan mendung    Am Em  Menari aku dengan gelisah  A G B  Lagi lagi lagi ku menangis  Em Bm C G  Sabarlah hati menahan perih  Am Em F#m  Terluka lagi dan lagi dalam kisahku    Em Bm C G  Tenang la jiwa iring langkahku  Am Em F# B  Ku yakin pasti ada yang terbaik untukmu    G C B    Em Bm Am G  Ternyata malam penuh bintang  C A B  Berakhir dengan mendung    Am Em  Menari aku dalam gelisah  Am B  Lagi lagi lagi ku menangis    Em C  Meski hati sering dilukai  D G#m C#  Takkan menyerah aku mencari cinta    F#m Bm D A  Sabarlah hati menahan perih  Bm F#m G# C#  Terluka lagi dan lagi dalam kisahku  F#m C#m D A  Tenang la jiwa iring langkahku  Bm F#m G# C#  Ku yakin pasti ada yang terbaik untukmu    F#m C# D  Sabarlah hati menahan perih  Bm F#m Bm C#  Terluka lagi dan lagi dalam kisahku  F#m E D A B F#m G# C#  Tenang lah jiwa… uhh.. uhuu    Bm A  Sabarlah wahai hati..  G#m C#m F#m  Jangan menangis..  

Biar masa menentukan - <b>Elly Mazlein</b> - Utusan Online

Posted: 28 Jul 2013 06:13 AM PDT

Oleh AMIRAH AMALY SYAFAAT
amirah.amaly@utusan.com.my

TOPIK walimatulurus paling digemari buat wanita bujang kerana rata-rata mempunyai impian tersendiri. Begitu juga dengan pelakon dan penyanyi lagu Usah Ditambah Bara Yang Tersimpan, Elly Mazlein, 32. Pemilik nama sebenar Sharifah Aida Mazlina Syed Hanafi ini mempunyai keinginan untuk menjadikan hari bersejarah itu sebagai saat terindah dalam hidupnya.

Malah sejak bertunang dengan pengarah Azmi Hatta, 38, dua tahun lalu, Elly sudah mula merencana sesuatu yang indah untuk meraikan penyatuan dengan belahan hatinya itu.

Pun begitu sebagai manusia biasa Elly pasrah apabila harapannya itu masih belum terlaksana. Lebih malang apabila hasrat tersebut kemudiannya dipertikaikan dan menjadi buah mulut orang.

Semuanya bermula selepas perancangan asal untuk mendirikan rumah tangga dengan Azmi pada penghujung tahun lalu tidak menjadi kenyataan. Ironinya dia dihujani spekulasi demi spekulasi.

Status Elly sama ada masih tunangan Azmi kemudiannya menjadi tanda tanya. Lebih buruk apabila penafian yang dibuat daripada kedua-dua pihak itu dikaburi oleh cakap-cakap orang luar yang seolah-olah mengiyakan cerita Elly sudah putus tunang.

Mengesahkan dirinya masih tunangan kepada Azmi, Elly juga menyatakan rasa kesal apabila kisah pertunangannya itu menjadi bahan perbualan ramai.

"Elly tahu ada segelintir orang yang lebih arif tentang cerita peribadi Elly berbanding diri Elly sendiri. Dan Elly sedar spekulasi membabitkan cerita (pertunangan) Elly ini tidak akan berhenti melainkan Elly naik pelamin.

"Terus terang Elly sendiri tak berani untuk berbicara secara terbuka tentang soal pertunangan ini. Sebab perkara ini di luar bidang kuasa Elly dan sehingga kini masih belum ada kata putus (mengenai urusan perkahwinan).

"Dan Elly minta maaf sebab tak boleh cakap lebih-lebih. Perkara pertunangan ini membabitkan keluarga Elly dan juga pihak Azmi. Elly tak nak mendahului mereka. Takut juga ada perkataan yang menyebabkan mana-mana pihak terasa.

"Biarlah orang nak kata Elly sengaja nak berteka-teki atau nak berdolak-dalih. Sebab Elly hanya akan mengkhabarkan perkara yang sudah ada jawapan pasti," katanya penuh makna pada pertemuan petang Selasa lalu.

Cincin tunangDesas desus keretakan hubungan Elly dengan Azmi mula diperkatakan selepas penyanyi ini tidak memakai cincin pertunangan sewaktu hadir di pelancaran filem Awan Dania The Movie pada Oktober tahun lalu.

Bertitik tolak dari situ, Elly yang mengikat tali pertunangan dengan Azmi pada 29 Mei 2011 kemudiannya dihujani dengan spekulasi putus tunang.

Apatah lagi selepas perkahwinan yang sepatutnya berlangsung pada penghujung tahun lalu terpaksa ditunda atas alasan tuntutan kerja.

Sengaja mengusik tentang tarikh sebenar perkahwinan menyebabkan dia menarik nafas panjang.

Anak kelahiran Slim River, Perak ini kemudiannya mengaku tidak punya tarikh spesifik untuk melangsungkan perkahwinannya dengan Azmi. Sebaliknya Elly menyerahkan urusan jodoh tersebut kepada takdir dan waktu.

"Elly minta beri sedikit ruang kepada Elly untuk menyelesaikan perkara ini. Pada masa yang sama Elly tak boleh menghalang pihak media untuk tidak memaparkan cerita kurang enak tentang pertunangan Elly.

"Memanglah Elly boleh cakap yang Elly kuat untuk melayan spekulasi sebegitu. Tapi lama kelamaan pasti akan bosan sebab cerita lapuk sebegini tidak ada kesudahan.

"Jadi kesimpulannya tunggu saja. Nanti kalau sudah ada masa yang sesuai pasti Elly akan mengkhabarkan berita gembira," katanya yang mengaku lebih senang berkongsi berita gembira berbanding cerita negatif kepada khalayak.

Berahsia soal hatiElly turut menegaskan sikap semulajadinya yang gemar berahsia terutama berkaitan soal hati. Percayalah dia tidak akan membuka mulut kerana hanya itu 'bahagian' yang tinggal untuk dirinya.

"Elly memilih untuk merahsiakan soal hati. Tak manis seorang wanita sewenang-wenangnya bercerita tentang kisah isi hatinya kepada khalayak. Nanti mengundang spekulasi lagi.

"Jadi lebih baik kalau Elly simpan diam-diam luahan perasaan Elly itu dan hanya luahkan pada lagu saja," kata penyanyi yang semakin popular dengan lagu Sabarlah Hati..

Lagu ciptaan Manusia Putih itu dikatakan berkait rapat dengan keadaan yang sedang dialami Elly apabila menyerlahkan bait-bait yang menyusuk jiwa.

Kata Elly, seperti orang lain dia juga mahu mencintai dan dicintai dan sebagai seorang artis, tiada apa lain yang tinggal selain sekelumit ruang untuk dirinya.

Justeru dia tidak akan berkompromi dengan soal yang satu itu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan