Nuffnang

Khamis, 26 September 2013

Dayang Nurfaizah - Google Blog Search

Dayang Nurfaizah - Google Blog Search


Acara Iftar Amal Bertukar Majlis Harijadi <b>Dayang Nurfaizah</b>

Posted: 12 Jul 2013 05:00 AM PDT

berita | Tempatan

Teks oleh Kheme Rosly

khemerosly@yahoo.com

KUALA LUMPUR, 12 JULAI 2013: Seawal 2 Ramadan lagi penyanyi Dayang Nurfaizah atau nama sebenarnya Dayang Nurfaizah Awang Dowty, 32 , sekali lagi tidak terlepas untuk menjayakan acara amal untuk golongan yang tidak bernasib baik.

Program Corporate Social Responsibility atau (CSR) ini melibatkan Prince Hotel & Residences KL bersama Dayang Nurfaizah dan kolaborasi untuk satu malam amal berbuka puasa ini telah menyaksikan bagaimana penyanyi ini meraikan para penghuni rumah kebajikan terpilih di bawah seliaan Majlis Kebajikan Kanak-Kanak Malaysia (MKKM) pada malam tadi.

Namun dalam kemeriahan majlis berbuka tersebut, Dayang yang asyik menghiburkan hadirin telah menerima kejutan daripada peminat dan juga ahli keluarga yang hadir. Penyanyi dari Bumi Kenyalang ini telah diraikan kerana dia bakal menyambut ulangtahun kelahirannya yang ke 32 tahun pada 20 Julai ini.

Dayang yang pada malam itu tampil ringkas dan sopan dengan hanya mengenakan sepasang kurung hitam telah ditemuramah media yang hadir usai berakhirnya majlis berbuka puasa itu. Masih diasak soalan mengenai isu kahwin, Dayang memilih untuk bercakap mengenai wishlist yang ingin dilakukan setelah menjejak umur 32 tahun.

"Kahwin? Kalau soalan kahwin jawapan masih sama, tolonglah carikan calon untuk Dayang. Dayang ini pemalu, tak pandai nak mengorat orang. Cakap pasal wishlist untuk saya setelah memasuki usia 32 tahun, kebanyakannya daripada segi kerjaya Dayang. Antaranya album serta sebuah konsert yang berskala besar khas untuk peminat Dayang. Sebelum ini hanya showcase sahaja mampu Dayang tampilkan kepada peminat.

"Kalau mengenai diri sendiri, Dayang sekarang tengah seronok untuk pergi berjalan-jalan. Sekarang baru dapat sedikit masa untuk berehat, bercuti dan melihat tempat orang. Ada juga beberapa tempat yang dah Dayang pergi dengan keluarga.

"Ini sajalah masa yang ada untuk saya berehat dan memperuntukkan masa berkualiti bersama keluarga," ujar Dayang ketika hadir bersama ahli keluarganya di majlis itu.

Dayang yang kini meletop dengan soundtrack atau lagu tema bagi drama bersiri Dahlia di Mustika HD iaitu Bisikan Rinduku sedang mengumpulkan material baru untuk albumnya yang ke 9 itu. Ratu soul dan R&B Malaysia ini turut mendendangkan lagu terbarunya itu di samping sebuah lagu raya iaitu Hari Mulia, Dayang Sayang Kamu dan Seandainya Masih Ada Cinta.

Majlis pada malam itu telah diacarakan oleh hos, Shah Shamsiri ditemani alunan ghazal secara live oleh Seri Nusantara 2 serta aktiviti sampingan lain khas untuk kanak-kanak. Setiap daripada anak-anak yatim ini telah mendapat sumbangan khas berupa beg saguhati serta duit raya oleh Pengarah Urusan Prince Hotel & Residences KL, Tim Quarm bersama Dayang Nurfaizah di atas pentas.

Kepada anda yang ingin menikmati juadah berbuka puasa istimewa dihasilkan Prince Hotel & Residences Kuala Lumpur, makan malam buffet 'Balik Kampung' ini boleh anda nikmati sepanjang Ramadan ini bermula jam 6.30petang. Tempahan boleh dibuat dengan menghubungi hotel di talian 03-2170 8888.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan