Nuffnang

Khamis, 26 September 2013

Ning Baizura - Google Blog Search

Ning Baizura - Google Blog Search


Konsert <b>Ning Baizura</b> ditunda! – Perak Today

Posted: 17 Sep 2013 12:51 AM PDT

NING BAIZURA

HASRAT Ning Baizura untuk menghiburkan peminat setianya pada konsert Pelangi Untukmu, 21 September ini tidak tercapai kerana konsert tersebut terpaksa ditunda pada tarikh 16 November depan di di TM Convention Centre, Kuala Lumpur.

Menurut Ning, dia terpaksa menundakan konsert terbabit selepas dua buah lagu yang mahu dipersembahkan pada malam konsert itu nanti belum dapat disiapkan.

"Konsert ini memang diadakan sebagai tanda terima kasih kepada peminat saya. Saya sedang sibuk menyiapkan dua buah lagu baru supaya dapat diperdengarkan buat pertama kali kepada mereka.

"Lagu-lagu ini amat dekat dengan saya, justeru saya meletakkan keutamaan yang tinggi. Saya harap ianya akan menjadi sesuatu yang amat bermakna kepada peminat yang hadir menonton konsert itu secara langsung pada tarikh yang baru di tetapkan,"
ujarnya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan semalam.

Dalam pada itu, pihak penganjur turut memohon maaf atas permasalahan yang dihadapi. Tiket-tiket yang telah dimiliki masih boleh digunakan atau dipulangkan kembali di kaunter pembelian.

Tiket berharga RM75 dan RM50 boleh didapati melalui www.ticketcharge.com.my\

-SINAR HARIAN

Tiada ulasan:

Catat Komen