Elfira Loy - Google Blog Search |
Nur Atirah: <b>Elfira Loy</b> Sudah Mula Lupa Diri? Posted: 26 Aug 2013 08:00 PM PDT Mula berjinak-jinak dalam industri hiburan tempatan seawal umur 15 bukanlah sesuatu yang mudah bagi pelakon kecil cilik ini. Elfira Loy yang kini sudah pun berusia 19 tahun sedikit demi sedikit mengikir nama diatas puncak kerjayanya. Namun, pelakon yang mula popular dengan drama Qalesya yang disiarkan pada tahun 2009 dan 2010 dikatakan telah mula berubah sedikit demi sedikit. Biasalah, setiap orang akan berubah. Apatah lagi Elfira mula yang berlakon dari usia remaja dan kini sudah mula meningkat dewasa. Menurut sebuah artikel dari Utusan semalam, Elfira kini tidak lagi seperti waktu dia mula-mula bertapak dalam dunia seni. Jika dulu, dia pernah berjanji untuk tidak lupa diri. Namun kini, menerusi laporan yang sama, pelakon ini kelihatan sudah lupa dengan janjinya dahulu. Al-kisahnya, Elfira yang dulunya peramah telah berubah sikap apabila seorang wartawan yang juga dikenalinya hanya dibuat tak endah sahaja ketika mereka bertemu. Paling menyedihkan apabila orang yang Elfira tidak endahkan itu pula adalah orang yang dahulunya banyak membantu untuk Elfira meneruskan kerjayanya dalam bidang seni. Hah itulah manusia. Habis madu sepah dibuang. Takkan pula nak jadi macam artis luar negara seperti Justin Bieber, Miley Cyrus dan juga Amanda Bynes? Siapa yang tidak kenal ketiga mereka ini? Ketika usia remaja, semuanya mendapat perhatian dengan gelagat mereka yang sentiasa bagus. Namun kini, apa sudah jadi? Agaknya itulah, apabila usia sudah mula meningkat dewasa, mulalah cepat terpengaruh dengan rakan-rakan sekeliling. |
mimin adam: <b>Elfira Loy</b> dan Zoey Rahman bercinta ? Posted: 05 Jul 2013 09:00 AM PDT Hai ! Assalamualaikum :D Musim Ehsan dan Effa sdah Habis. Sekarang Musim Elfira Loy dan Zoey Rahman. Siaran baru TV3 yang menampilkan pasangan ini. Dengar kata orang ramai bercinta. Betul ke Elfira Loy dan Zoey Rahman Bercinta ? Jom kita tengok ulasan berita hari ini di akhbar Utusan Malaysia. Belum mahu bercinta JIKA diimbas kembali gosip-gosip yang melanda artis terutamanya artis di usia remaja, Elfira Loy antara artis yang paling banyak dikaitkan bercinta. Bukan calang-calang artis yang dikaitkan dengan dirinya, semuanya aktor terkenal yang sudah menempa nama dalam industri. Jangan silap, bukan artis tempatan sahaja yang dikaut oleh pelakon remaja berkening tebal ini, pelakon dari Indonesia juga antara yang berada dalam genggaman gosip cinta Elfira. Antara aktor yang pernah dikaitkan bercinta dengan Elfira termasuklah Randy Pangalila, Zizan Razak, Baim Wong dan Zoey Rahman. Baru-baru ini begitu galak pencari gosip mengatakan bahawa Elfira kelihatan begitu intim dengan Zoey Rahman. Masakan tidak, gambar-gambar di laman sosial Instagram menunjukkan betapa rapatnya mereka seolah-olah sudah muncul bibit-bibit percintaan. Lalu, soalan berkaitan dengan kisah cinta tidak diketahui ini ditanyakan. Seperti yang dijangka, Elfira menafikan dakwaan yang dia kini sedang bercinta dengan Zoey. Bagi Elfira, hubungan rapat antara mereka berdua sudah terjalin dalam masa yang lama lagi, bukan ketika dia digandingkan bersama dalam sebuah drama bersiri Demi Dia. "Saya sudah kenal Zoey sejak kecil lagi, Malah, bukan saya sahaja, keluarga kedua-dua pihak pun saling mengenali antara satu sama lain. "Malah, kalau diikutkan, setiap kali saya berlakon dengan pelakon lelaki, pasti saya akan dikaitkan bercinta dengan mereka. "Padahal sebelum ini ada juga saya ambil gambar berdua dengan Zoey, tetapi tidak pula dihebohkan. "Bila dah berlakon bersama, baru ada yang mengatakan kami bercinta dan sebagainya. Itu yang saya musykilkan," kata pelakon remaja ini sambil tersenyum. Jelas Elfira yang kini sedang menuntut diploma dalam jurusan Seni Persembahan & Komunikasi, Kolej Damansara Utama (KDU), dia tidak menafikan hubungan dengan Zoey memang rapat. "Kalau hendak dibandingkan bagaimana rapatnya hubungan kami berdua, saya rasa hubungan kami seperti adik-beradik. Dia abang dan saya adik. "Sebab itu bila kami berganding bersama sebagai suami dan isteri walaupun kekok tetapi selesa kerana sudah mengenali dia lama," katanya sambil tertawa. Tambahnya lagi, dia tidak kisah gosip seperti ini berkeliaran kerana ia menunjukkan bahawa lakonannya bersama dengan Zoey memang menjadi. "Saya tahu bagaimana hubungan kami berbanding mereka di luar. Itu sudah cukup. Lagipun ia menunjukkan betapa lakonan kami dilihat dan dinilai oleh penonton hingga dikatakan bercinta," katanya. Menjelaskan persoalan sama ada dia sudah bertemu cinta hati atau tidak, ujar Elfira, dia masih lagi belum berminat untuk menjalinkan sebarang hubungan uda dan dara yang serius. "Buat masa ini, saya lebih selesa untuk fokus pada pelajaran saya dahulu dan rasanya itu yang terbaik buat diri saya. "Lagipun, dengan usia yang baru mencecah 19 tahun, saya merasakan terlalu awal untuk bercinta. Malah, saya belum terfikir lagi untuk bercinta dan sebagainya," katanya. Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Hiburan/20130705/hi_01/Belum-mahu-bercinta#ixzz2YBfz1jGB |
You are subscribed to email updates from Elfira Loy - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan