Nuffnang

Khamis, 5 September 2013

Farid Kamil - Google Blog Search

Farid Kamil - Google Blog Search


<b>Farid Kamil</b> Larang Ibu Mertua Temui Diana Danielle dan Anak | Oh <b>...</b>

Posted: 29 Jul 2013 07:59 PM PDT

ohartis-farid-kamil-ibu-mertua-1

Sebelum ini pernah timbul desas-desus krisis antara pelakon Farid Kamil dan ibu mertuanya iaitu Norsiah. Namun sekarang, Farid Kamil mengakui bahawa dia malah meletakkan syarat untuk ibu mertua harus menemuinya terlebih dahulu sekiranya mahu menemui Diana dan anaknya kerana bimbang perkara yang buruk berlaku kepada dua insan yang disayanginya itu.

"Apa yang boleh saya katakan, sekiranya dia (ibu mertua) ingin melihat baby dan berjumpa isteri saya, suruh dia datang jumpa saya dulu. Selagi beberapa perkara belum selesai, adalah lebih baik dia berjumpa saya dulu.

"Saya risaukan perkara yang tidak diingini serta kemungkinan-kemungkinan yang buruk akan berlaku pada anak dan isteri saya. Saya dapat merasakan mertua saya akan melakukan sesuatu yang buruk kepada mereka.

"Saya bukan berdendam tetapi lebih kepada mahu melindungi anak dan isteri saya. Lagipun sebelum ini saya dengar banyak cerita negatif yang keluar dari mulut ibu mertua saya tentang kami berdua", jelas Farid Kamil dengan panjang lebar.

ohartis-farid-kamil-ibu-mertua-2

Menurut Farid, Diana juga sangat kecewa dengan sikap ibu mertuanya kerana tidak mengambil tahu keadaan anaknya apatah lagi disaat-saat Diana mahu melahirkan cucunya.

"Diana kecewa dengan ibunya sejak dia tidak merestui perkahwinan kami. Saya juga tidak pula pernah mendengar ibu mertua saya telefon bertanyakan khabar kepada Diana", katanya.

Farid dan Diana telah berkahwin pada 3 November 2012. Selepas disahkan hamil, Diana berangkat ke Sydney, Australia bagi melanjutkan pelajarannya sehinggalah aktres itu selamat melahirkan bayi lelaki, pada 2 Julai lalu di sebuah hospital di sana.

OHARTIS: MASA NAK DAPATKAN ANAK BUAT BAIK, SEKARANG DAH DAPAT TERIMA JE LAH KALAU ADA YANG TIDAK BAIK.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan