Adi Putra - Google Blog Search |
<b>Adi Putra</b> Dikatakan Jumpa Individu Berpengaruh Untuk Gugurkan <b>...</b> Posted: 20 Oct 2013 06:59 PM PDT Terkejut beruk Abang Nara membaca ruangan Zubir (ruangan favourite Abang Nara) di BiPop semalam. Seperti yang anda ketahui, kes Adi Putra dengan seorang isteri orang kini masih lagi di dalam siasatan polis. Menariknya apabila Zubir mendakwa bahawa kononnya Adi telah bertemu dengan seorang individu berpengaruh untuk menggugurkan kes tersebut daripada siasatan. Menurut Zubir, laporan forensik berhubung isi kandungan telefon bimbit dan isteri orang itu sudah pun diperoleh. Abang Nara secara jujur tak sabar juga untuk mengetahui hasil siasatan pihak polis. Iyerlah, nak tahu siapa benar siapa salah. Itu yang Abang Nara agak pelik apabila membaca dakwaan Zubir tentang Adi yang mahu kes ini digugurkan demi menyelamatkan kariernya. Namun entah benar entah tidak dakwaan Zubir ini. Kita nantikan sahaja. Lagipun kalau berada di pihak yang benar, buat apa nak minta gugurkan kes. Orang kata, berani kerana benar, takut kerana salah. Abang Nara yakin Adi Putra berada di pihak yang benar. Diharap pihak polis cepat-cepat mengeluarkan keputusan siasatan untuk semua pihak tahu kebenaran kes ini. Sama-samalah kita nantikan. Baca Yang Ini Pulak:- |
You are subscribed to email updates from Adi Putra - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan