Nuffnang

Jumaat, 25 Oktober 2013

Syamsul Yusof - Google Blog Search

Syamsul Yusof - Google Blog Search


Filem Dapat Sambutan, <b>Syamsul Yusof</b> Mula Bangkit Kembali | Oh <b>...</b>

Posted: 13 Oct 2013 01:16 AM PDT

ohartis-syamsul-yusof-2

Susulan insiden filem KL Gangster 2 disabotaj ke laman internet sebelum tibanya tarikh tayangan rasmi, Syamsul Yusof dikatakan merajuk dengan banyak menghabiskan masa di dalam bilik malah menjauhkan diri dari pihak media dan keluarga lebih kurang sebulan sejak kejadian itu.

Namun begitu menurut ayahnya yang juga pengarah filem tersohor Datuk Yusof Haslam anaknya mula menunjukkan respon positif semenjak karya ke lapan Syamsul Yusof itu mendapat sambutan yang mengalakkan selepas ditayangkan.

"Syamsul kini tinggal dengan adik saya. Saya masih lagi belum berkesempatan untuk berjumpa dengan dia. Tetapi semalam (Ahad) dia baru saja mula bermesej dengan ibunya.

"Biasalah, anak lebih rapat dengan ibu. Malah, ibunya juga ada berpesan pada saya, bagi dia sedikit masa untuk menenangkan fikiran," kata Datuk Yusof.

Dalam pada itu, Datuk Yusof memberitahu, filem KL Gangster 2 berjaya mengutip RM3.1 juta dalam tempoh empat hari tayangan bermula 3 Oktober lalu, termasuk tiga hari tayangan awal pada 27 hingga 29 September lalu. Menurutnya, walaupun filem KL Gangster 2 menghadapi masalah cetak rompak sebelum tayangan, namun dia tetap bersyukur dengan jumlah kutipan tersebut.

"Jumlah kutipan itu tidak seperti KL Gangster yang berjaya peroleh lebih RM6 juta dalam tempoh empat hari, tetapi dalam situasi kini yang bocor di internet, jumlah itu tetap memberangsangkan.

"Alhamdulillah, ramai peminat masih lagi datang ke pawagam untuk menonton sebagai tanda memberi sokongan," katanya yang tidak berani untuk meletakkan sebarang sasaran ke atas filem yang menelan belanja sebanyak RM4.5 juta itu, sebaliknya mengharapkan agar ia
mampu balik modal dengan kutipan RM7.5 juta termasuk kos promosi.

OHARTIS: ALHAMDULILLAH, SEMOGA SYAMSUL YUSOF TERUS TABAH DALAM MENGHASILKAN KARYA YANG LEBIH MANTAP SELEPAS INI.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan