"Buat masa ini saya sibukkan diri dengan penggambaran drama untuk mengelakkan daripada terbeban dengan memikirkan perkara yang melibatkan peribadi saya yang menjadi bualan umum."Baru-baru ini saya mengikuti produksi Erma Fatima ke Eropah untuk beberapa siri drama dan telemovie. Malah, bukan baru-baru ini sahaja kehidupan rumahtangga saya jadi bualan, tetapi sudah lama.
"Saya tidak mahu ianya menjadi penyebab atau mengganggu kerjaya saya. Jadi lebih baik saya sibukkan diri sementara menunggu waktu yang sesuai memperjelaskan agar semua yang selama ini ditokok tambah akan dapat diperbetulkan semula.
"Lagipun siapa mahu terus berhadapan dengan situasi sebegini? Tidak elok rasanya menggantung orang tidak bertali (tentang perkahwinannya). Kerana itu, saya menanti waktu yang paling tepat untuk bercakap pasal perkara ini.
"Apabila semuanya jelas saya tidak mahu lagi bercakap pasal perkara ini," ujar Erra Fazira. -Murai
Tiada ulasan:
Catat Ulasan