najwa mahiaddin - Google Blog Search |
<b>Najwa Mahiaddin</b> Rancak Bina Nama di Kota New York | Best Liga <b>...</b> Posted: 16 Oct 2013 06:26 PM PDT Share the post "Najwa Mahiaddin Rancak Bina Nama di Kota New York"
Sewaktu membuat persembahan dengan kumpulan tersebut, Najwa selalunya akan menyanyikan lagu-lagu Erykah Badu atau Jill Scott dan juga lagunya sendiri. Seorang lagi ahli kumpulan tersebut, Haruka Yabuno selaku keyboardist turut menyumbangkan lagu ciptaannya untuk dinyanyikan oleh Najwa. Dia bukan sahaja membuat persembahan di Las Vegas, bahkan juga di Uruk Kalli Cafe di Nicaragua dan El Sotano, San Jose di Costa Rica, semua oleh kerana idea rakannya, Andres. "Saya berasa amat teruja dapat membuat persembahan di hadapan para penonton di sana. Sambutannya amat menggalakkan! Beberapa orang tempatan tampil dan memuji vokal saya kerana ianya lain daripada yang biasa mereka dengar dan mereka hanya bertutur dalam bahasa Sepanyol. Walaupun bahasa merupakan masalah utama, ia sama sekali tidak menghalang mereka untuk menghayati persembahan kami kerana muzik itu kan bahasa yang universal dan itulah keistimewaanya", ujar Najwa. Bercerita lagi mengenai pengalamannya, "Selesai membuat persembahan di Costa rica, pagi berikutnya kami menaiki bas untuk ke Nicaragua dan perjalanan tersebut memakan masa selama sepuluh jam. Setibanya di destinasi, kami terus melakukan sound-check, makan sedikit dan terus membuat persembahan." Walaupun perjalanan tersebut panjang dan memenatkan, dia sedikit pun tidak mengeluh kerana baginya bukan selalu peluang sebegini rupa muncul.Dalam kesibukkan membuat persembahan, Najwa masih sempat menghasilkan projeknya sendiri. Terbaru, dia dalam proses menghasilkan EP bersama teman dari kolejnya, Harsya Wahono. "Sebenarnya lagu tersebut telah pun dihasilkan pada tahun lepas and kami ingin menerbitkannya pada tahun yang sama. Malangnya, berlaku kecurian dan rakan saya kehilangan lagu kami dan kami terpaksa menghasilkannya semula." Akhirnya EP tersebut terpaksa ditangguhkan penghasilannya semula kerana masing-masing sibuk, Najwa dengan persembahan di New Yowk dan Harsya dengan pelajarannya. "Kini, kami berdua tidak beberapa sibuk dan kami rasakan sekarang adalah masanya untuk menyiapkan lagu tersebut," tambahnya. EP tersebut akan mempamerkan sentuhan berbeza daripada apa yang pernah dihasilkannya sebelum ini, "Lagu ini pastinya berlainan daripada lagu Got To Go yang mempunyai nada gembira. Kami juga telah menambahkan elemen elektronik tetapi masih mengekalkan irama RNB. Ia sebenarnya mempunyai pengaruh lagu-lagu daripada James Blake dan Little Dragon. Kami mengharapkan lagu tersebut dijangka siap pada bulan hadapan dan akan di keluarkan lewat tahun ini." "Sekarang ini saya sedang mengukuhkan kedudukan saya di arena muzik di sini dan saya juga masih mempunyai beberapa lagi projek yang bakal dihasilkan bersama penerbit-penerbit lain. Salah seorang daripadanya adalah Steven Chelliah, seorang gitaris dan komposer yang amat berbakat. "Tujuan utama saya adalah untuk memperkenalkan muzik saya dan pada masa yang sama juga muzik Malaysia. Insya-Allah, saya pasti akan pulang setelah semua kerja selesai atau jika ada peluang dan untuk tahun hadapan, saya bercadang untuk mengadakan mini showcase ataupun konsert. "Saya rasa sangat bertuah kerana berpeluang untuk bekerja dengan ramai individu-individu yang menakjubkan dan berbakat luar biasa yang saya kenali sejak dari kolej lagi dan perlahan-lahan membuat jaringan kenalan dan terus bekerja keras.", jelasnya. Kini, Najwa merasakan bahawa masih banyak yang perlu di capai di Kota New York dan walaupun dia merindui peminat-peminatnya di Malaysia, dia berharap bahawa mereka dapat memahami ketiadaannya yang sementara dan akan tetap terus menyokong perjalanan seninya. Share the post "Najwa Mahiaddin Rancak Bina Nama di Kota New York" |
You are subscribed to email updates from najwa mahiaddin - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan