Nuffnang

Isnin, 21 Oktober 2013

Shila Amzah - Google Blog Search

Shila Amzah - Google Blog Search


BERITA ARTIS - <b>Shila Amzah</b> Cari Masa Sesuai - Gua.com.my

Posted: 15 Oct 2013 09:00 AM PDT

Setelah showcase yang diadakan di Penthouse, The Icon Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur berjaya dilangsungkan dengan jayanya, penyanyi jelita Shila Amzah mencari masa yang sesuai untuk mengadakan konsert sulungnya.

"Saya merancang untuk adakan konsert pada tahun hadapan. Kini, saya masih lagi mencari tarikh dan masa yang sesuai. Macam showcase ini, saya sengaja lakukannya pada hari bekerja dan waktu pejabat. Saya ingin melihat siapa dan berapa ramai sudi datang untuk melihat showcase saya," tutur penyanyi lagu 'Memori Tercipta' ini.

"Alhamdulillah, akhirnya semuanya berjalan lancar dan penonton yang hadir pun menggalakkan. Jadi saya harap jika saya adakan konsert nanti, impian saya adalah konsert tersebut akan menjadi lebih baik daripada showcase ini, Insya-Allah," jelas Shila ketika ditemui usai showcase sulungnya baru-baru ini.

Shila juga menjelaskan yang dia kini kerap berulang-alik dari China ke Malaysia atas urusan album terbarunya.

"Album terbaru saya ada lima lagu baru dan dua lagu trek bonus. Saya perlu selesaikan segala proses pembikinan album saya, jadi saya kini kerap berulang alik dari China ke Malaysia. Selepas semuanya selesai dan album saya sudah dijual di pasaran kelak, saya akan kembali ke China untuk fokus dengan perkembangan karier saya di sana dan saya akan jarang pulang ke Malaysia," kata gadis berusia 23 tahun ini lagi.

Mengulas mengenai proses pembikinan album Mandarin pertamanya, Shila menyatakan yang semuanya berjalan lancar.

"Saya dah rakamkan beberapa buah lagu untuk album Mandarin saya. Malah single Mandarin pertama saya, 'A Moment Like This' juga sudah diperdengarkan. Apabila saya pulang ke China, saya akan membentangkan beberapa buah lagu ciptaan saya kepada pihak pengurusan di sana. Mana tahu mereka berminat untuk memasukkan beberapa lagu ciptaan saya ke dalam album Mandarin saya nanti," tutur Shila lagi mengakhiri perbualan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan