Nuffnang

Isnin, 14 Oktober 2013

Fahrin Ahmad - Google Blog Search

Fahrin Ahmad - Google Blog Search


"Saya Ingin Cari Wanita Bergelar Guru" - <b>Fahrin Ahmad</b> | Oh! Artis

Posted: 10 Oct 2013 07:07 PM PDT

ohartis-fahrin-ahmad

Lama kita tak dengar tentang kisah cinta pelakon kacak Fahrin Ahmad. Sudah jauh ketinggalan dari rakan seperjuagan kerana ramai sudah berumahtangga, Fahrin Ahmad masih lagi bertitle "Single". Menjadi seorang single memang akan sering dihujani soalan bila mahu menamatkan zaman bujang? Adakah Fahrin serik untuk bercinta di kalangan selebriti?

"Saya bukan serik untuk bercinta dengan golongan selebriti tetapi wanita dalam kerjaya tersebut tidak sesuai dengan saya dan saya ingin mencari calon isteri di kalangan orang biasa sahaja.

"Saya ingin mencari wanita yang bergelar guru kerana lebih mudah saya menyesuaikan diri tambahan pula ibu, bapa & kakak saya turut bergelar pendidik sebelum ini, jadi ia lebih praktikal," jelas Fahrin Ahmad.

Walaubagaimanapun, Fahrin mengakui dia kini selesa hidup bersendirian dan menyarankan kepada sesiapa yang ingin berkahwin menyegerakan niat itu kerana bimbang keinginan untuk berkahwin akan terhakis.

"Saya sarankan sesiapa yang masih solo supaya segera berkahwin & jangan tunggu usia sudah mencecah 30′an baru hendak fikir tentang soal berumah tangga. Apabila usia semakin lanjut, kita mula rasa selesa dengan kedudukan kita dan keinginan untuk berkahwin semakin terhakis," jelasnya lagi.

Namun menurut Fahrin Ahmad lagi, itu bukan bererti beliau tidak mahu berkahwin sebaliknya sudah berusaha mencari calon isteri namun jodoh masih belum menyebelahinya buat masa ini.

OHARTIS: KAMI DOAKAN SEMOGA FAHRIN AHMAD CEPAT JUMPA JODOH. JANGAN MEMBUJANG LAMA-LAMA SANGAT.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan