Nuffnang

Isnin, 14 Oktober 2013

Memey Suhaiza - Google Blog Search

Memey Suhaiza - Google Blog Search


<b>Memey Suhaiza</b> Doakan Kebahagiaan Abby Abadi - Gua.com.my

Posted: 25 Jul 2013 10:01 AM PDT

Pelakon Memey Suhaiza yang juga merupakan isteri kepada pelakon Norman Hakim mengakui berasa gembira apabila pelakon serta penyanyi, Abby Abadi menemui jodoh baru selepas lima tahun berpisah dengan Norman.

Walaupun berita pernikahan Abby menggemparkan industri hiburan tempatan, namun Memey menganggap ia sebagai ketentuan Ilahi dan mendoakan agar Abby bahagia dengan suami barunya, Muhammad Noor Farhan Che Bakar yang dinikahi pada 9 Julai lalu, di Selatan Thailand.

"Memey tumpang gembira apabila dapat tahu Kak Abby sudah berkahwin. Memey sentiasa mendoakan yang terbaik untuk kebahagian Kak Abby. Memey gembira jika dapat tengok Kak Abby bahagia dan Memey doakan rumahtangga yang dibina ini kekal sehingga akhir hayat," ujar Memey kepada GUA.

Abby yang berkahwin dengan pemuda 12 tahun lebih muda daripadanya membuat keputusan untuk menamatkan zaman jandanya selepas berkenalan selama dua minggu dengan jejaka tersebut. Abby dijangka mengadakan majlis persandingan pada 31 Ogos 2013 manakala majlis di pihak lelaki akan dibuat di Tumpat, Kelantan pada 6 September 2013.

Tiada ulasan:

Catat Komen