Nuffnang

Khamis, 17 Oktober 2013

Hans Isaac - Google Blog Search

Hans Isaac - Google Blog Search


<b>Hans Isaac</b> Angkat Kisah Hidup Mokhtar Dahari - Gua.com.my

Posted: 10 Oct 2013 07:49 PM PDT

Pengarah dan penerbit, Hans Isaac bakal tampil dengan karya baru yang mengangkat kisah hidup tokoh bola sepak Negara, Dato' Mokhtar Dahari ke pentas teater berprestij Istana Budaya pada 6 hingga 18 November ini.

Teater muzikal yang diberi judul Supermokh The Musical  itu diinspirasikan dari kisah hidup lagenda bola sepak yang banyak mengharumkan nama negara dengan jersi nombor 10 miliknya.

"Saya sendiri sebagai salah seorang peminat lagenda bola sepak ini begitu teruja untuk menghasilkan sebuah teater muzikal mengisarkan kisah hidup Mokhtar Dahari yang tidak diketahui oleh rakyat Malaysia sendiri,

Kebenaran untuk mementaskan kisah hidup Mokhtar telah diberikan sendiri oleh isterinya, Datin Tengku Zarina Tengku Ibrahim. Tidak dinafikan kos belanja untuk pementasan ini adalah yang paling tinggi jika dibandingkan dengan pementasan saya yang sebelum ini," kata Hans ketika ditemui di majlis sidang media pelancaran teater tersebut di Setia City Convention Centre, petang Khamis.

Awie dipilih sebagai teraju utama yang bakal menjayakan watak Mokhtar Dahari dan Maya Karin pula dipilih sebagai isteri. Pelakon –pelakon lain adalah Rashidi Ishak, Douglas Lim, Dina Nadzir, Phoon Chi Ho, Oliver Johanan dan Clarence Kuna

Teater muzikal Supermokh ini merupakan terbitan syarikat produksi Hans sendiri iaitu Tall Order Productions dengan kerjasama Jugra Publication Sdn Bhd. Manakala Harith Iskander pula memegang peranan sebagai penulis skrip untuk pementas ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan