"Mulanya saya hanya melakukan pemeriksaan pada 4 September lalu kerana sakit perut kronik apabila datang haid. Keadaan itu bertambah teruk selepas berkahwin hingga terpaksa bergantung dengan ubat tahan sakit. "Selepas buat endoskopik, saya disahkan mengidap endometriosis, sejenis ketumbuhan dalam rahim. Biarpun saiznya kecil, ia ada di beberapa tempat seperti jerawat. Doktor maklumkan ketumbuhan itu belum sampai tahap serius tetapi jika tidak dibuang, ia boleh membesar dan membahayakan nyawa.
"Walaupun terkejut, saya bersyukur sebab tahu awal. Atas nasihat doktor, saya setuju dibedah dan tidak mahu berlengah lagi. Awal pun tidak sampai hati lihat saya selalu sakit perut yang kronik setiap kali datang bulan.
"Doktor tebuk satu lubang di pusat dan dua lagi di tepi perut untuk bersihkan ketumbuhan itu. Syukur pembedahan ini berjaya dan saya dibenarkan keluar hospital pada 7 September lalu,"
"Seminggu saya terpaksa berbaring saja. Bergerak sikit pun terasa sakit. Risau juga bila ambil masa untuk pulih tetapi masuk minggu kedua, saya sudah boleh bangun dan bercakap serta ketawa seperti biasa.
"Saya berterima kasih dengan mama dan Awal kerana menjaga saya dengan baik. Mereka bising bila saya buat kerja rumah. Biasalah, saya tak boleh tengok rumah bersepah, mesti kemas.
"Saya tidak boleh berlari atau angkat benda berat selama 10 minggu. Malah, doktor minta saya kurangkan pengambilan makanan ringan dan segera bagi mengelakkan penyakit itu berulang lagi. Selepas ini, saya kena banyak makan sayur dan buah,
"Sejak kali pertama datang bulan, saya sudah sakit perut. Saya fikir, ia normal kerana ramai mengalami masalah sama. Tak sangka pula sakit perut kronik itu rupa-rupanya berpunca daripada Endometriosis. Kalau tidak melakukan pemeriksaan, sampai sekarang saya tak tahu kewujudan penyakit itu dan ia akan jadi makin parah.
"Kepada wanita termasuklah golongan remaja, jangan abai jika sakit perut. Lakukanlah pemeriksaan dan dapatkan rawatan segera jika ada masalah," -Scha al Yahya
Tiada ulasan:
Catat Ulasan