Lisdawati - Google Blog Search |
Gadis didakwa skandal suami <b>Lisdawati</b> akhirnya dedahkan diri <b>...</b> Posted: 09 Oct 2013 09:30 PM PDT Bekas pelajar Akademi Fantasia musim ke-5 (AF5) Noni menafikan yang hubungan rapatnya dengan aktor Fauzi Nawawi adalah atas dasar cinta sebaliknya berkata keakraban mereka itu adalah sekadar hubungan profesional kerja. Bercakap kepada akhbar Harian Metro hari ini, Noni atau nama sebenarnya Nonny Nadhirah Zainuddin, 24, berkata hubungan mereka rapat sebagai pengarah dan pelakon dan tidak lebih dari itu. Noni juga berkata yang Fauzi merupakan pembimbingnya yang banyak memberi pelbagai tips dalam bidang lakonan. "Bukan saya saja yang menjadi anak didiknya, malah ramai lagi artis lain seperti Ika Nabila, Reen Rahim dan Agnes Wong yang menimba ilmu lakonan dari Fauzi tetapi kenapa saya seorang saja yang digosipkan dengannya? "Mungkin orang nampak kami rapat di lokasi pengambaran kerana saya baru saja berlakon dalam dua drama arahannya baru-baru ini," jelas gadis yang berasal dari Sabah ini. Noni berkata demikian ketika mengulas gosip yang tersebar kononnya dia telah menjalin hubungan dengan seorang aktor terkenal yang juga merupakansuami orang. Tambah Noni, dia mula mengenali suami kepada aktres Lisdawati itu ketika menyertai program Jelajah Festival Filem Malaysia di Ipoh,Perak awal tahun ini. "Saya bertemu dengan abang Fauzi yang turut ditemani isterinya ketika majlis itu. Abang Fauzi berkata, saya ada pakej untuk bergelar pelakon dan dia menawarkan saya untuk berlakon dalam drama arahannya. Sejak pertemuan itu, kami menjadi rapat seperti hubungan abang dan adik. Tetapi bukan dengan dia saja, dengan Lisdawati pun saya turut rapat," tambah Noni lagi. Noni turut berharap dengan penjelasan ini, tiada lagi pihak yang cuba mengaitkannya dengan Fauzi kerana tidak mahu mengguris hati keluarga kedua-dua belah pihak. Noni turut berkongsi pengalamannya berlakon dengan aktortersebut yang disifatkannya seorang yang tegas bila bekerja dan berasa bertuah kerana dapat menimba ilmu lakonan dari seorang pelakon hebat sepertinya. |
You are subscribed to email updates from Lisdawati - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan