Nuffnang

Khamis, 24 Oktober 2013

Liyana Jasmay - Google Blog Search

Liyana Jasmay - Google Blog Search


<b>Liyana Jasmay</b> Bakal Bergelar Ibu? | Hiburan - Rakyat News

Posted: 22 Oct 2013 07:00 AM PDT

Liyana Jasmay dan suami, Fathuddin Mazlan yang mendirikan rumahtangga pada 2 Februari lalu dikhabarkan bakal menerima kehadiran cahaya mata.

Menurut laporan gosip di akhbar Harian Metro, Liyana dikatakan sedang mengandung dua bulan dan dijangka melahirkan anak sulung mereka pada Mei 2014.

Kini, Liyana sedang menghabiskan sesi penggambaran sebelum bercuti panjang dan akan ke Sabah mengikut suaminya yang bekerja di sana.

Liyana, 25, selamat diijabkabulkan dengan Fathuddin ,28, Februari lalu di Hotel Seri Pacific, Kuala Lumpur  dan dinikahkan sendiri oleh bapa Liyana, Datuk Jasmay Md. Shah sambil disaksikan Pendaftar Perkahwinan dan Rujuk Orang Islam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Sahirman Ahmad.

Liyana menerima gelang emas bernilai RM5,500 sebagai mas kahwin serta lima dulang hantaran daripada pasangannya termasuk wang hantaran bernilai RM28,322, seutas rantai, sepasang anting-anting dan sebentuk cincin.

Sebagai balasan, pihak mempelai wanita memberikan sembilan dulang hantaran, antaranya sepasang kasut berjenama Prada, seutas jam tangan Tag Heuer, dompet Louis Vuitton, tepak sirih dan sebentuk cincin.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan