Nuffnang

Khamis, 10 Oktober 2013

Shila Amzah - Google Blog Search

Shila Amzah - Google Blog Search


<b>Shila Amzah</b> Masih Belum Temui Pengganti | - Beautifulnara

Posted: 01 Sep 2013 09:54 PM PDT


Erm…ni kira berita baiklah untuk para lelaki diluar sana tu. Shila Hamzah masih belum berpunya buat masa ini.Demikianlah kenyataan yang dikeluarkan oleh Shila Amzah menurut Berita Harian, walaupun baru-baru ini dia dikaitankan pelakon Juvana, Johan As'asri, baru-baru ini.

Peminat mula mempersoalkannya sedangkan kami memang tiada hubungan istimewa"

Menurut Shila, hatinya masih tertutup dan tidak mahu memikirkan tentang mencari kekasih baru, sebaliknya menyerahkan segala-segalanya kepada jodoh. Bila tiba masanya, Shila akan terus berkahwin dan tidak ingin menghabiskan masanya dengan bercinta lagi.

Saya serahkan jodoh kepada Allah dan siapa pun jodoh saya, bila tiba masa, saya akan tetap berkahwin. Ketika ini, saya memang tidak berminat mempunyai teman lelaki. Jika jodoh saya sudah sampai dan orang itu pula masuk meminang, saya terima. Bagaimanapun, biarlah kita kenal siapa diri dan keluarganya. Ia sudah memadai.

Buat masa ini, Shila akan memberi tumpuan yang lebih kepada kariernya, katanya yang berada selama seminggu di Kuala Lumpur untuk menjalani penggambaran muzik video single terbaru, Masih Aku Cinta.

Macam tulah, sementara masa muda nie, elok kita tumpukan kepada kerjaya.Kembangkan karier selagi boleh. Insyallah, masanya akan tiba juga. Mawar Putih percaya masih ramai lelaki yang budiman dan baik hati diluar sana tu kan?
P.S: Memang menarik, colourful dan berkualiti koleksi-koleksi pakaian muslimah daripada Aafiya Collection ini. Harganya pun berpatutan dan mampu milik. Sesuai pulak tu untuk semua golongan wanita. Kalau nak tahu dengan lebih lanjut lagi, jom kita layari www.aafiyacollection.blogspot.com. Dapatkan segera sebelum kehabisan stok.

Yang Ini Pun Best Jugak:-

Kenapa <b>Shila Amzah</b> Takut Tengok &#39;Bencinta&#39;? - Gua.com.my

Posted: 30 Sep 2013 09:00 AM PDT

[unable to retrieve full-text content]Status yang dikemaskini oleh Shila di laman Twitternya menimbulkan pelbagai tanda tanya.Tweet berkenaan berbunyi, "Takut nak tengok Bencinta. Tapi teringin nak tengok Kak Nora berlakon macam tu.

Rapat Dengan Johan As&#39;ari, <b>Shila Amzah</b> Bimbang Dituduh <b>...</b>

Posted: 30 Aug 2013 09:23 PM PDT

ohartis-shila-amzah-johan-as'ari-1

Lepas putus cinta tidak lama dulu, penyanyi Shila Amzah kini kelihatan sangat intim dengan pelakon Johan A'sari, Banyak gambar yang membuktikan kemesraan mereka dimuatnaik sendiri oleh mereka berdua ke laman sosial Instagram masing-masing sempena menyambut Syawal baru-baru ini.

Ramai peminat yang membuat spekulasi sendiri bahawa mereka berdua sedang dilamun cinta. Namun, menurut Shila Amzah hubungannya dengan Johan As'ari hanyalah sebagai sahabat dan menafikan dakwaan mereka selama ini bercinta. Malah Shila juga bimbang dituduh perampas kerana sedia maklum bahawa Johan bakal melangsungkan pertunangan pada tahun ini.

"Apabila timbul gosip yang kononnya saya bercinta dengan Johan As'ari, saya memang bimbang jika ada yang beranggapan saya cuba merampas teman lelaki seseorang, Maklumlah, sebelum ini Johan sudah umumkan dia akan melangsungkan pertunangan dalam tahun ini. Gambar yang tersebar di laman-laman sosial dan blog-blog hiburan itu sebenarnya diambil ketika saya menghadiri majlis rumah terbuka yang diadakan di rumah Johan.

"Kami memang sudah lama berkawan iaitu sejak tahun 2010 lagi. Bahkan, emak saya dan emak Johan juga berkawan baik. Tidak ada sebarang hubungan cinta antara saya dan Johan. Saya harap peminat di luar sana tidak salah faham," ujar Shila mengulas tentang gosip terbarunya itu.

Shila juga menegaskan bahawa dia sudah tiada keinginan untuk mempunyai teman lelaki dan mahu menumpukan sepenuh perhatiannya kepada kerjaya seni yang semakin melangkah jauh itu.

"Terus-terang saya katakan, saya sudah tidak ada keinginan untuk mempunyai teman lelaki buat masa ini. Hati saya belum terbuka untuk jadi teman wanita kepada seseorang. Seandainya jodoh saya sudah sampai, saya akan terima lelaki itu dengan seadanya dan saya akan berkahwin. Kalau hendak bercinta dan mempunyai teman lelaki, saya sudah tidak mahu. Saya pilih untuk fokus kepada kerjaya sahaja ketika ini. Saya juga tidak kisah siapa yang akan menjadi jodoh saya nanti," luah Shila lagi

Berikut beberapa keping gambar kemesraan antara Shila Amzah dan Johan As'ari. Klik untuk melihat gambar dengan saiz lebih besar.

OHARTIS: LEBIH BAIK BEGITU, DAH JUMPA JODOH TERUS KAHWIN TAK PAYAH BERCINTA LAMA-LAMA LAGI.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan