Amyza Aznan - Google Blog Search |
:: Info Panaz ::: <b>Amyza Aznan</b> Keguguran - Blogger Posted: 22 Nov 2013 04:30 PM PST Pelakon dan pelawak popular, Amyza Aznan mengalami keguguran tatkala kandungannya memasuki usia dua bulan. "Ketika menjalani penggambaran di Johol, Negeri Sembilan, tanpa disangka saya mengalami pendarahan. Kru di lokasi bergegas menghantar saya ke Kuala Lumpur. "Jujurnya ketika saya disahkan mengandung, suami dan anak adalah orang yang paling teruja. Tapi nak buat macam mana bukan rezeki saya. Malah saya sangat bersedih dan asyik menangis sejak semalam," kongsi Amyza ketika dihubungi Media Hiburan Online sebentar tadi. Ditanyakan adakah dia akan berehat lama selepas kejadian tersebut, katanya lagi; "Sepatutnya saya perlu menjalani tempoh berpantang seperti orang lain, tetapi memandangkan tuntutan kerja yang tinggal tiga hari lagi, jadi saya perlu ke lokasi pada hari Isnin ini." Untuk rekod, Amyza dan suaminya telah memiliki tiga orang cahayamata sebelum ini. |
You are subscribed to email updates from Amyza Aznan - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan