rosyam nor - Google Blog Search |
<b>Rosyam Nor</b> Respon Isu Perbalahan Syamsul & Amani | Portal <b>...</b> Posted: 09 Oct 2013 05:00 PM PDT Selasa lalu, OHBULAN! ada melaporkan mengenai isu perbalahan antara pengarah filem KL Gangster 2, Syamsul Yusof dan Sharifah Amani di laman sosial masing-masing. Menerusi perbualan tersebut, Amani telah mempertikaikan mengapa filem arahan Syamsul boleh diklasifikasikan kepada PG13 sedangkan filem tersebut mempunyai unsur-unsur negatif berbanding filem lain. Artikel Berkaitan : Susulan daripada insiden itu, Rosyam Nor yang juga merupakan salah seorang pelakon filem KL Gangster 2 telah menyatakan bahawa, isu seperti itu tidak sepatutnya timbul. Baginya tidak salah untuk mengajak kanak-kanak menonton filem tersebut di pawagam sebab rata-ratanya telah menonton filem itu lebih awal di rumah.
Rosyam Nor lebih bersifat neutral Mengulas lebih lanjut mengenai pertikaian tersebut, timbul juga persoalan di kalangan pihak media, adakah filem KL Gangster 2 mendapat sebarang kelebihan berbanding filem lain? Namun begitu, Rosyam telah menafikan dakwaan tersebut dan menjelaskan bahawa, sebagai penerbit mereka layak membuat rayuan sekiranya tidak berpuas hati dengan genre klasifikasi yang telah ditetapkan oleh pihak berwajib.
Selain itu, pelakon berpengalaman ini turut menyatakan bahawa isu perbalahan antara Syamsul dan Amani bukanlah satu perkara yang serius. Bagi Rosyam, mereka hanya meluahkan perasaan dan pendapat masing-masing. Sebagai individu yang lebih berpengalaman dalam bidang industri, dia akui tidak menyebelahi mana-mana pihak dan lebih selesa untuk bersifat neutral. |
You are subscribed to email updates from rosyam nor - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan