Nuffnang

Khamis, 7 November 2013

Fahrin Ahmad - Google Blog Search

Fahrin Ahmad - Google Blog Search


Hidup Saya Tak Lengkap - <b>Fahrin Ahmad</b> | Portal Hiburan OHBULAN!

Posted: 06 Nov 2013 07:42 PM PST

Hidup Saya Tak Lengkap   Fahrin Ahmad

Bila sebut sahaja nama Fahrin Ahmad, pasti ramai yang nak tahu mengenai kisah peribadinya termasuklah soal jodoh yang belum kunjung tiba.

Pada usia yang telah mencecah 34 tahun, aktor ini ternyata risau mengenai kehidupannya yang masih kekal bujang.

Menurut Fahrin, pengalaman cinta lalu banyak memberi kesan hingga membuatkannya lebih menghargai kehidupan sekarang.

Sebenarnya saya rasa berhutang dengan diri sendiri. Dulu saya banyak habiskan masa untuk perhubungan dan cinta tapi hubungan tu tak menjadi. Jadi sekarang ni saya lebih tumpukan perhatian pada diri sendiri.

Saya bahagia dengan kehidupan saya sekarang. Tapi memang diakui, hidup saya tak lengkap. Iyalah, bila tengok orang lain dah berumahtangga dan beranak-pinak, saya dapat rasakan hidup saya masih kosong.

Walaupun masih belum menemui wanita yang sesuai untuk dijadikan isteri, Fahrin tetap meluahkan hasratnya mahu menamatkan zaman bujang secepat yang mungkin jika diizinkan Ilahi.

Umur saya dah meningkat, jadi kalau boleh tak mahulah tunggu sampai 40 tahun baru nak berkahwin. Saya tak dapat bayangkan kalau umur dah masuk 50 tahun tapi anak saya baru sekolah menengah.

Dalam perkembangan lain, Fahrin yang ditemui sewaktu majlis Sidang Media Kempen Program Sokongan Selebriti Reben Merah 2013/2014 semalam mengakui sedang sibuk dengan program-program anjuran Pertubuhan AIDS Malaysia (MAC).

Hidup Saya Tak Lengkap   Fahrin Ahmad

Tujuannya adalah untuk membantu pesakit-pesakit HIV dan memberi kesedaran kepada orang ramai yang mempunyai tanggapan negatif kepada mereka yang tidak bernasib baik.

Malah pelakon ini juga mendedahkan pengalamannya berkongsi gelas minuman dengan seorang lelaki yang menghidap HIV positif.

Perkara tersebut berlaku secara spontan. Masa tu saya beri ceramah yang menyentuh mengenai pesakit HIV di majlis Sime Darby. Kebetulan di sebelah saya ada seorang pesakit HIV positif. Jadi saya ambil gelasnya dan meneguk air di dalam gelas tu. Semua yang hadir terkejut termasuklah pesakit HIV berkenaan.

Untuk pengetahuan anda, Fahrin merupakan salah seorang daripada 15 selebriti terkemuka tanah air yang menyertai kempen anjuran MAC sejak tahun 2009.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan