GAMBAR AHLI BAND ESTRANGED POSING BERSAMA ANJING | Selepas Sharifah Sofea, Baby Arin Res'2 kini seorang lagi artis melayu tanpa segan silu bergambar mesra dengan seekor anjiing. Terbaru, alah seorang anggota kumpulan Estranged, Din Hormatov "kantoi" bersama seekor anjing.
Dan berkaitan dengan hukum bersentuhan dengan haiwan yang dikategorikan sebagai Najis Mughollazoh ini, admin sungguh tertarik dengan hujah;
" Berkenaan dengan isu menyentuh, memegang, merawat anjing dan babi yang dikategorikan sebagai najis "mughollazoh" iaitu najis berat dalam feqah, ianya bukanlah haram seperti mana yang dikatakan oleh sesetengah masyarakat melayu. Ramai yang bertanya kepada saya bagaimana saya sebagai seorang muslim boleh menyentuh anjing dan babi yang haram disentuh? Berdasarkan pelajaran feqah yang saya pelajari sejak sekolah rendah agama hinggalah sekolah menengah, menyentuh najis "mughollazaoh" tidak haram. Apa yang dinyatakan oleh hukum feqah ialah apabila kita menyentuh najis "mughollazoh" kita dikehendaki menyucikannya dengan bersamak iaitu membasuh dengan air yang telah dicampurkan dengan tanah sekali dan membilasnya dengan air mutlak sebanyak 6 kali. Yang haram berkaitan dengan anjing dan babi ialah memakannya bukan menyentuhnya, "
Sesungguhnya,walaupun hujah tersebut mungkin boleh digunapakai, namun berfikirlah tentang ke'sensitiviti'an masyarakat di negara ini, yang mana rata-rata mereka berbangsa Melayu dan beragama Islam.
Vokalis kumpulan Estranged, Rich tidak menghalang isterinya, Velvet untuk terus menyertai kembali dalam bidang nyanyian.
Ini kerana selepas mendirikan rumah tangga, kerjaya seni Velvet sedikit tenggelam berbanding rakan-rakan seperjuangannya yang lain.
Selepas lagu duet mereka, Bersama Kamu tercalon dalam Anugerah Industri Muzik ke 20 (AIM20), semangat Velvet terus berkobar untuk kembali mewarnai industri seni suara negara.
"Ini kali pertama saya tercalon dan saya rasa tak sangka sangat. Saya gembira kerana karya ini dihargai dan diterima ramai. Mungkin ramai yang lihat saya agak menyepi selama lima tahun, namun saya masih juga menerima undangan nyanyian, cuma saya jarang muncull di kaca televisyen. Sebelum ini saya bekerja sebagai juruhebah radio Suria FM di Sabah, tapi saya berhenti pada awal tahun ini," kata Velvet yang dipetik menerusi portal Gua.
Sementara itu, Rich menyatakan hasratnya untuk sentiasa menyokong kerjaya isterinya kerana percaya dengan bakat dan kebolehan seni yang dimiliki oleh Velvet.

Selepas lagu duet mereka, Bersama Kamu tercalon dalam Anugerah Industri Muzik ke 20 (AIM20), semangat Velvet terus berkobar untuk kembali...
Vokalis kumpulan Estranged, Rich tidak menghalang isterinya, Velvet untuk terus menyertai kembali dalam bidang nyanyian.
Ini kerana selepas mendirikan rumah tangga, kerjaya seni Velvet sedikit tenggelam berbanding rakan-rakan seperjuangannya yang lain.
Selepas lagu duet mereka, Bersama Kamu tercalon dalam Anugerah Industri Muzik ke 20 (AIM20), semangat Velvet terus berkobar untuk kembali mewarnai industri seni suara negara.
"Ini kali pertama saya tercalon dan saya rasa tak sangka sangat. Saya gembira kerana karya ini dihargai dan diterima ramai. Mungkin ramai yang lihat saya agak menyepi selama lima tahun, namun saya masih juga menerima undangan nyanyian, cuma saya jarang muncull di kaca televisyen. Sebelum ini saya bekerja sebagai juruhebah radio Suria FM di Sabah, tapi saya berhenti pada awal tahun ini," kata Velvet yang dipetik menerusi portal Gua.
Sementara itu, Rich menyatakan hasratnya untuk sentiasa menyokong kerjaya isterinya kerana percaya dengan bakat dan kebolehan seni yang dimiliki oleh Velvet.
Oleh: <strong>AUDREY LEE</strong>
Dahsyat perompak-perompak sekarang ini. Nampaknya mereka maam dah tukar taktik operasi la pulak. Dari pemerhatian saya, perompak sekarang ini lebih tertumpu kepada rumah-rumah artis tapi kita kena berhati-hati juga sebab mana tahu selepas ini giliran kita pula.
Pada ahad lalu pukul 3.45 pagi, rumah Andy Estranged telah dimasuki perompak ketika beliau baru saja pulang ke rumah. Beliau dan sekeluarga telah diikat oleh empat orang perompak yang memecah masuk rumah yang didiaminy bersama keluarga di Kota Damansara.
Andy atau nama sebenar Azwin Andy Malik juga telah diugut bunuh jika dia atau ahli keluarga lain cuba melawan. Tapi yang malangnya apabila abanag Andy iaitu Azlan Rudy telah dibelasah teruk oleh perompak itu ketika beliau cuba melawan.
Sudah namanya perompak jadi mestilah habis semua dikebasnya, kalau boleh habis licin rumah mereka nak kebas. Antara barang-barang yang dirompak ialah sebuah komputer riba, iPad, sejumlah wang tunai, barang kemas dan beberapa barang lain.
"Pada mulanya, saya sangka nenek saya datang ke rumah dan berborak bersama ahli keluarga yang lain apabila mendengar bunyi orang sedang bercakap. Ketika mahu naik ke tangga, terdapat dua lelaki memakai baju hitam turun dan masa itu saya tidak dapat berbuat apa-apa. Habis semua barang-barang berharga diambil. Mereka juga bertanya sama ada kami menyimpan peti besi atau tidak? Mujurlah perompak tersebut memenuhi permintaan saya supaya memulangkan kad pengenalan dan kad kredit," ujarnya.
Apa yang paling penting sekali di sini adalah keselamatan keluarga dan diri sendiri. Apa yang dibuat oleh Andy sememangnya ada betulnya apabila beliau memberitahu perompak agar mengambila apa saja asalkan jangan mencederakan kami sekeluarga.
InsyaAllah apa yang terjadi kepada keluarga Andy pasti ada hikmahnya. Kredit info dan gambarmStar.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan