Nuffnang

Khamis, 7 November 2013

Sharnaaz Ahmad - Google Blog Search

Sharnaaz Ahmad - Google Blog Search


"Pada Mulanya Memang Sukar Saya Terima Hubungan Mereka <b>...</b>

Posted: 05 Nov 2013 12:14 AM PST

ohartis-sharnaaz-ahmad-1

Percintaan pelakon Sharnaaz Ahmad dan anak kepada ND Lala iaitu Shila Amzah pernah menjadi kontroversi tak lama dulu. Akibat cinta terhalang hubungan cinta mereka akhirnya berakhir ditengah jalan dan kini mereka bergerak kehadapan mengikut haluan masing-masing.

Namun, nampaknya tidak lama lagi Shila Amzah mencari cinta baru apabila dia kini didakwa sedang mempunyai hubungan rapat yang istimewa dengan pelakon Johan As'ari. Menariknya Johan dan Sharnaaz berkawan baik sejak mereka berlakon bersama didalam filem Juvana namun kini Johan bercinta pula dengan bekas kekasihnya.

"Ya, saya tahu bahawa mereka katanya sedang berkawan rapat dan pada mulanya saya sukar untuk menerima hakikat ini tetapi apabila kelamaannya saya sudah tidak kisah dan boleh menerimanya.

"Alhamdulillah keluarga dan begitu juga dengan pengurus saya yang sentiasa memberikan sokongan dan dorongan untuk saya terus kuat dan lebih maju ke hadapan. Biarlah benda lepas kita buang jauh-jauh," akur Sharnaaz.

Apabila ditanya tentang kesan daripada isu percintaannya itu, Sharnaaz memberitahu bahawa rezekinya dalam bidang lakonan kian bertambah selepas isu tersebut. Malah dia turut dicalonkan dalam dua kategori iaitu Pelakon Lelaki Terbaik Drama menerusi drama Bawah Langit Mu dan Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Filem menerusi filem Juvana di dalam Anugerah Skrin 2013 (ASK 2013).

"Rezeki di tangan Tuhan. Saya bersyukur sekali selepas peristiwa tersebut hidup saya kembali seperti sedia kala dan meneruskan kerja-kerja saya seperti biasa. Saya juga bersyukur kerana masih lagi diberikan peluang untuk meneruskan kerjaya saya dengan menerima beberapa tawaran lakonan"

"Saya rasa kosong dan kadang-kadang sunyi, apa yang terjadi kepada saya banyak yang saya kongsikan dari Pengurus saya dan dialah banyak memberikan sokongan dan dorongan sehingga kini," mengakui bahawa kadang-kala jiwanya terasa kosong dan sepi.

OHARTIS: PATAH TUMBUH HILANG BERGANTI. SEMOGA JODOH AKAN DATANG ADALAH LEBIH BAIK.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan