Nuffnang

Sabtu, 9 November 2013

Jamal Abdillah - Google Blog Search

Jamal Abdillah - Google Blog Search


<b>Jamal Abdillah</b> Seorang Lelaki Sempurna Di Mata Saya – Nas Adila |

Posted: 06 Nov 2013 09:44 PM PST


Amboi amboi amboi. Sejak bergelar Datuk, saham Jamal Abdillah semakin meningkat naik di kalangan wanita nampaknya. Masih "bujang" setelah gagal dalam perkahwinannya sebelum ini, dikatakan bahawa Jamal Abdillah akan masuk merisik penyanyi Nas Adila yang berusia 26 tahun. Pucuk muda lagi tue!!!

jamal

Untuk makluman, Nas Adila pernah dijemput sebagai artis jemputan ketika Konsert Extaravaganza Jamal Abdillah di Istana Budaya beberapa bulan lalu. Mungkin ketika itu Datuk Jamal Abdillah tertarik hati dengan Nas Adila. Yang penting, bagi Nas, Jamal Abdillah adalah seorang lelaki sempurna di matanya. Kata Nas:-

Jamal seorang lelaki sempurna di mata saya. Dia sangat bertanggungjawab kepada anak-anaknya. Ketika ini dia memang memerlukan kehadiran seorang suri di hati untuk menjaganya.

Saya masih terkejut sebenarnya apabila orang mengaitkan kononnya kami sedang bercinta dan saya bakal dirisik Jamal. Sungguh, saya tidak tahu pula mengenai hal merisik ini,

Kalau benar itu akan berlaku (acara merisik), saya perlu mengenali dirinya dahulu sebelum membuat sebarang keputusan.

nas adila

Membaca kata-kata Nas Adila pun Abang Nara dah tahu sedikit sebanyak yang si gadis ada menaruh hati kepada Jamal. Iyerlah, lelaki yang berusia ini memang pandai dan tahu teknik menjaga hati wanita. Kalau benar Jamal berkenan dengan Nas, semoga segala urusan dipermudahkan buat mereka berdua. Sama-samalah kita doakan.

Baca Yang Ini Pulak:-

Tiada ulasan:

Catat Ulasan