Nuffnang

Sabtu, 9 November 2013

kumpulan Fabulous Cats - Google Blog Search

kumpulan Fabulous Cats - Google Blog Search


Bukan klon &#39; The <b>Fabulous Cats</b>&#39; ~ KakiGosip.com

Posted: 25 Oct 2013 05:49 PM PDT


SIAPA sangka empat anak muda ini akhirnya berjaya mengeluarkan single terbaru berjudul 'Pengakuan', ciptaan penyanyi popular, Alyah selepas dinobatkan sebagai bintang Idola BH.

Dianggotai Mohd Khairul Iqhssan, 28 (Arween), Syed Alfrizal, 26 (Alfie), Zack Merican, 20 (Zack) dan seorang ahli wanita, Maya Hariyanto, 21 (Maya), Tiga mempertaruhkan genre world music, pop RNB dan Pop Rock.

Malah kumpulan ini juga optimis meneruskan perjuangan mereka bagi meneruskan kelangsungan imej 'Voicing Group' sepertimana Fabulous Cat, Ruffadge dan VE.

Bagaimanapun, Arween, mewakili Tiga, menafikan kumpulannya adalah klon kepada kumpulan muzik yang sedia ada dan enggan disamakan dengan The Fabulous Cats meskipun dilihat membawa genre muzik yang hampir sama.

"Kami bukan klon The Fabulous Cats dan kami tidak mahu bayangi kumpulan itu. Kami lebih menekan konsep vokal secara harmoni berbanding kumpulan itu.

"Mungkin peminat akan membuat persamaan terhadap kami memandangkan Tiga juga mempunyai ahli kumpulan wanita. Namun muzik yang kami bawakan berbeza dari kumpulan itu," katanya.

Mengulas mengenai lagu Pengakuan, seorang lagi anggota Tiga, Alfie berkata, lagu ciptaan Alyah itu pastinya akan menambat perhatian peminat muzik tanah air.

"Kami dapat rasakan lagu ini bakal menjadi perhatian kerana berentak rancak dan sesuai dengan genre kumpulan kami.

"Sebenarnya, ada cerita di sebalik lagu yang disimpan sejak tahun 2008. Sebab itulah saya meminta kepada Alyah untuk menyanyikan semula lagu ini.

"Saya sendiri kenal rapat dengan Alyah dan ia adalah cetusan yang lahir semasa saya bersama Alyah menganggotai kumpulan bersama dua lagi anggota dari Indonesia sebelum ini," kata Alfie yang pernah menyertai beberapa program realiti nyanyian seperti Akademi Fantasia dan Mentor tetapi tidak berjaya menjadi finalis program itu.

Tiada ulasan:

Catat Komen