Nora Danish - Google Blog Search |
Saya Ke London Guna Duit Sendiri – <b>Nora Danish</b> | - Beautifulnara Posted: 06 Nov 2013 06:10 PM PST Wow. Terkejut Abang Nara apabila dapat tahu tiket penerbangan Nora Danish ke London mencecah RM25,000. Confirm Nora naik business class. Mesti ramai yang beranggapan teman tapi mesra Nora iaitu Nedim yang menaja tiket penerbangan tersebut. Namun jangan salah sangka, Nora Danish menggunakan duitnya sendiri untuk terbang ke sana. Menariknya salinan harga tiket Nora Danish ke London telah diterima oleh Kosmo daripada seseorang. Mesti ada orang dalam yang teruja nak berkongsi informasi tersebut walaupun salah dari segi tatacara kerja. Kata Nora Danish:-
Abang Nara pun perasan yang Nora Danish memang bekerja keras. Berlakon filem pun banyak. Siap ada jual barang kecantikan lagi. Jadi setakat RM25,000 itu, mungkin celah gigi Nora je. Nora juga sempat bercerita mengenai "haters"nya yang nampak semakin bertambah sejak berkawan dengan Nedim.
Biasalah orang cantik memang ramai yang cemburu. Sudahlah cantik, single pulak tue. Mungkin yang cemburu itu kecewa kerana cinta mereka ditolak oleh Nora Danish. Bagi Abang Nara, pedulikanlah kata-kata orang sekeliling. Yang penting kita gembira dengan hidup kita dan tak kacau orang lain. Tak gitu? P.S: OMG~~~~~~ Hadiah wang tunai bernilai RM40,000 untuk anda menangi dengan hanya membuat video yang kelakar, sempoi dan menarik. Mudah gila peraduan Yeo's Funderful Video Contest ini. Abang Nara pun teruja nak join. Mana tahu ada rezeki. Korang pun try la. Mana tahu boleh menang hadiah utama RM20,000. Layari laman web Yeo's untuk informasi lanjut. Baca Yang Ini Pulak:- |
Kepala <b>Nora Danish</b> Terkoyak Sewaktu Berlakon? | Portal Hiburan <b>...</b> Posted: 17 Oct 2013 11:00 PM PDT Melihat tajuk di atas, pasti ramai peminat merasa bimbang dengan keadaan Nora Danish bukan? Bagaimana agaknya kecedaraan yang dialami oleh aktres tersebut dan adakah luka itu serius? Jika dilihat daripada sekeping foto yang dikongsikan oleh Nora semalam, kepala pelakon tersebut dilihat terkoyak di bahagian dahi dan lebih mengerikan lagi apabila terdapat luka yang sangat dalam sehingga menampakkan isi kepalanya yang berlemuran darah. Apabila ternampak foto tersebut, OHBULAN! cepat-cepat membaca caption serta ruang komen yang terdapat pada foto itu, untuk mendapatkan pengesahan lanjut. Kesan koyak yang terdapat di kepala Nora Setelah melihat caption serta meneliti setiap status laman sosial pelakon tersebut, rupanya luka yang dialami oleh Nora hanya sekadar lakonan dan kesan koyak di bahagian dahinya itu juga sekadar kesan mekap daripada jurusolek profesional, Ella Sandera. Menurut Nora, kesan luka itu merupakan babak lakonan yang ingin ditonjolkan olehnya menerusi filem Pengantin Malam. Wow, nampak real kan kesan koyak tersebut? Memang OHBULAN! respect dengan hasil kerja Ella Sandera. Apa pun, untuk semua peminat Nora Danish, di sini OHBULAN! ingin kogsikan juga beberapa foto terbaru aktres tersebut sepanjang penggambaran filem Pengantin Malam baru-baru ini. Jom layan! Kredit Foto : Instagram Nora Danish |
You are subscribed to email updates from Nora Danish - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan