Selepas kejayaan single lagu Penerang Hati hasil duet bersama Saujana, kumpulan band terkenal 6ixth Sense kini muncul dengan lagu terbaru berjudul Cintaku Padamu Seluas Angkasa (Selawat).
Lagu ini ciptaan sepenuhnya oleh Adi, vokalis kumpulan 6ixth Sense dibawah produksi Rumpun Records Sdn Bhd. Produser untuk lagu dan video muzik ini ialah komposer terkenal, Mujahid Abdul Wahab dan beliau dibantu oleh Azalinor Abdul Rahman selaku Pembantu Produser.
6ixth Sense
Menariknya, untuk video muzik kali ini, 6ixth Sense telah menampilkan beberapa personaliti terkenal seperti Nizal Mohamad, DJ Erwan, Affa Nico, Azadan Rabbani, Along Exist, Fitri Haris dan Imam Muda Hassan. Lagu ini juga turut mendapat sokongan vokal dari kumpulan Saujana.
-Munsyeed{Dot}Com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan