Farawahida - Google Blog Search |
<b>Farawahida</b> & Shukur Sah Suami Isteri | Portal Hiburan OHBULAN! Posted: 15 Dec 2013 08:39 PM PST Setelah hampir 8 tahun menyulam cinta dan meredah pelbagai dugaan dan gosip, akhirnya penyanyi yang popular menerusi lagu Tanpamu ini telah selamat diijabkabulkan pagi tadi. Tepat jam 10.30 pagi, Farawahida Razali, 28 telah selamat diijabkabulkan dengan pasangannya Abdul Shukur Mohd Zain, 29, di Taiping, Perak. Menerusi laporan Media Hiburan, pasangan ini telah dinikahkan oleh Naib Kadi Air Kuning, Taiping, Ustaz Imannuddin Zakaria dengan sekali lafaz. Majlis pernikahan Farawahida Razali dan Shukur Dengan mas kahwin sebanyak RM1000, majlis pernikahan itu menyaksikan Farawahida menerima dua bentuk cincin beserta tujuh buah dulang daripada pihak Shukur. Manakala pihak lelaki pula menerima sembilan buah dulang daripada pihak perempuan. Farawahida yang jelita itu tampil menawan dengan persalinan serba putih manakala suaminya pula tampak kacak dengan baju melayu berwarna putih. Apa-apa pun, tahniah kami ucapkan buat pasangan mempelai ini. Semoga hubungan yang terjalin kekal hingga ke anak cucu. Mari layan foto-foto pernikahan mereka selepas ini. Sumber : Kosmo |
You are subscribed to email updates from Farawahida - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan