Adi Putra - Google Blog Search |
Skandal <b>Adi Putra</b> Mahu Buka Semula Kes | ROTIKAYA Posted: 13 Dec 2013 01:27 AM PST Semalam satu sidang media telah diadakan bagi pihak Adi Putra sendiri bertempat di Dewan PWTC Kuala Lumpur. Dan pada hari ini satu sidang media lagi telah diadakan bagi mewakili pihak Nooraida wanita yang telah dikaitkan dengan kes penyebaran gambar lucah sebelum ini. Nooraida yang ditemani suaminya Haji Amiruddin bin Othman dan peguamnya telah menjelaskan satu persatu mengapa pihak mereka ingin membuka semula kes ini dan mereka percaya kes ini perlu disiasat semula di atas faktor-faktor yang tertentu. "Kami akan membuka kes ini semula kerana kami tidak berpuas hati kerana penyiasatan yang dilakukan diragui tidak telus dalam menjalankan kes ini," ujar Hj. Amiruddin. Sejurus itu, dia dan isterinya terus membuat laporan di Bukit Aman pada pagi tadi untuk membuka semula kes ini. Hj Amiruddin yang juga merupakan seorang usahawan itu juga telah memberitahu beberapa analisa mengapa dia mahu membuka semula kes ini walhal, kita sedia maklum bahawa kes ini merupakan kes yang boleh diklasifikasikan sebagai "NFA" atau 'No Further Action'. "Seperti yang sedia maklum bahawa kes ini kami percaya ianya tidak telus dan tidak profesional apabila hanya begitu ringkas sahaja siasatan yang telah dijalankan. Kami hanya mahu siasatan dijalankan semula dan dikendalikan oleh pegawai polis yang lain." Tambahnya lagi, dalam penyiasatan tersebut pegawai yang ditugaskan untuk menyiasat kes ini bertanyakan beberapa soalan yang tidak relevan dan profesional seperti "Awak ingin berkahwin tak dengan Adiputra" sebanyak 3 kali" dan mengambil gambar bersama isterinya, Nooraida semasa proses penyiasatan. Sementara itu, pihak Adiputra juga tidak menghadirkan diri setiap kali diminta oleh pihak Hj Amiruddin dengan erti kata lain tidak memberikan kerjasama yang baik dalam proses siasatan kes ini. (rtky/hfz) |
You are subscribed to email updates from Adi Putra - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan