Nuffnang

Ahad, 29 Disember 2013

Adi Putra - Google Blog Search

Adi Putra - Google Blog Search


Isu Skandal <b>Adi Putra</b>: Nooraida Diceraikan Talak Satu | Portal <b>...</b>

Posted: 19 Dec 2013 08:55 PM PST

Isu Skandal Adi Putra: Nooraida Diceraikan Talak Satu

Dalam pada pihak wanita yang dikaitkan dengan isu skandal bersama Adi Putra sedang berusaha untuk membuka semula kes kontroversi berkenaan pada minggu lepas, timbul pula berita terbaru mengenai perceraiannya.

Suami kepada Nooraida Abdul Mutalib, Amiruddin Othman mengakui telah menceraikan isterinya dengan talak satu pada 19 Disember 2013.

Hal tersebut telah didedahkan sendiri oleh Amiruddin ketika ditemui pihak media di hadapan Jabatan Peguam Negara, Putrajaya, hari ini.

Saya telah menceraikan dia (Nooraida) dengan talak satu pada jam 4.30 pagi di rumah kami di Johor Bahru. Kami bercerai secara baik.

Walaupun kami sudah tiada ikatan apa-apa, tapi kami berdua telah bersetuju untuk menegakkan kebenaran. Ini kerana ketika perkara itu berlaku, kami masih lagi suami isteri dan selama empat bulan ini maruah saya telah tercalar.

Tambah bapa kepada seorang cahaya mata itu, tujuan beliau ke Jabatan Peguam Negara hari ini untuk menghantar surat rayuan bagi mempertimbangkan keputusan kes yang berstatus No Further Action (NFA) sebelum ini.

Isu Skandal Adi Putra: Nooraida Diceraikan Talak Satu

Nooraida dan bekas suaminya yang ditemui sewaktu sidang media tempoh hari

Amiruddin yang ditemani dua orang peguamnya mahu agar kes tersebut dinilai semula dibawah seksyen yang lebih relevan. Sebelum ini kes tersebut dibawah seksyen 509, kini mereka memohon agar kes tersebut dinilai dibawah seksyen 498.

Dengan apa yang berlaku setakat ini saya mendapat tekanan yang teruk, bukan saja dari keluarga tetapi juga daripada masyarakat. Hubungan saya dengan keluarga menjadi tegang. Ikatan perkahwinan saya selama ini hancur begitu saja.

Bila saya mahu kes ini dibuka semula, ramai orang cakap saya buka aib tapi hakikatnya mereka tidak tahu situasi saya yang sebenar. Saya bukan mahu duit atau popular tapi ini sebagai pengajaran kepada semua orang.

Tambahnya lagi jika rayuan mereka untuk meneruskan kes ini tidak menemui jalan penyelesaian, beliau akan tetap meneruskan kes tersebut menerusi undang-undang syariah dan sivil.

Amiruddin dan Nooraida sebelum ini telah mendirikan rumah tangga selama 10 tahun dan mereka dikurniakan seorang cahaya mata, Noor Fasha Dania, 7 tahun.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan