"Elly tahu ada segelintir orang yang lebih arif tentang cerita peribadi Elly berbanding diri Elly sendiri. Dan Elly sedar spekulasi membabitkan cerita (pertunangan) Elly ini tidak akan berhenti melainkan Elly naik pelamin."Terus terang Elly sendiri tak berani untuk berbicara secara terbuka tentang soal pertunangan ini. Sebab perkara ini di luar bidang kuasa Elly dan sehingga kini masih belum ada kata putus (mengenai urusan perkahwinan).
"Dan Elly minta maaf sebab tak boleh cakap lebih-lebih. Perkara pertunangan ini membabitkan keluarga Elly dan juga pihak Azmi. Elly tak nak mendahului mereka. Takut juga ada perkataan yang menyebabkan mana-mana pihak terasa.
"Biarlah orang nak kata Elly sengaja nak berteka-teki atau nak berdolak-dalih. Sebab Elly hanya akan mengkhabarkan perkara yang sudah ada jawapan pasti,
"Elly minta beri sedikit ruang kepada Elly untuk menyelesaikan perkara ini. Pada masa yang sama Elly tak boleh menghalang pihak media untuk tidak memaparkan cerita kurang enak tentang pertunangan Elly.
"Memanglah Elly boleh cakap yang Elly kuat untuk melayan spekulasi sebegitu. Tapi lama kelamaan pasti akan bosan sebab cerita lapuk sebegini tidak ada kesudahan.
"Jadi kesimpulannya tunggu saja. Nanti kalau sudah ada masa yang sesuai pasti Elly akan mengkhabarkan berita gembira," -Elly
Tiada ulasan:
Catat Ulasan