Fizz Fairuz - Google Blog Search |
Didie Alias Beri Duit Pada <b>Fizz Fairuz</b> - Cerita Semasa Posted: 17 Dec 2013 01:55 AM PST Biarpun pelakon Fizz Fairuz mengambil keputusan keluar daripada kumpulan Apa Kasih Toq (AKT) selepas tiga minggu berentap di pentas Liga Lawak Superstar (LLS), Didie Alias mendedahkan, pelakon drama Nur Kasih itu tetap mendapat bahagiannya (duit) selepas mereka memenangi tempat kedua pada pertandingan akhir yang berlangsung di Hulu Klang, Ahad lalu.
"Fizz akan dapat duit sebab dia adalah peserta awal kumpulan Apa Kasih Toq," ujar Didie ketika ditemui usai pertandingan tersebut. Mengulas lanjut, kata Didie, bagaimanapun ia terpulang kepada budi bicara Syafiq untuk menyerahkan berapa banyak bahagiannya kepada Fizz nanti. Kumpulan Apa Kasih Toq yang dianggotai oleh pelakon Didie, Fizz dan Kamal Adli berdepan dengan cabaran apabila Fizz mengambil keputusan keluar daripada kumpulan tersebut pada minggu ketiga. Fizz mendakwa dirinya disingkir oleh ahli kumpulannya, namun ada sumber yang mengatakan Fizz bertindak demikian kerana mendapat jemputan oleh pihak Rafflesia menyaksikan perlawanan Liga Inggeris di antara kelab Cardiff City menentang Manchester United (MU) di Cardiff, Wales, United Kingdom. Sementara itu, Syafiq mengakui tertekan mengambil alih tugas Fizz sebagai feeder dalam kumpulan itu. "Sudah tentu saya tertekan sebab saya kena menyesuaikan diri dengan ahli kumpulan Apa Kasih Toq yang jauh berpengalaman. Mujur, Didie, Kamal dan juga Fizz memberi sokongan dan tunjuk ajar," ulasnya lagi. Mengulas mengenai program Liga Lawak Superstar yang menguji minda dan kecerdikan pelakon-pelakon itu, Afdlin Shauki pula memberitahu, kemungkinan besar syarikat miliknya, Vision Works Sdn. Bhd. merancang untuk mengadakan musim kedua program tersebut. Pada pusingan separuh akhir kedua Liga Lawak Superstar, kumpulan Aku Diandra (Ilya, Qazeem Nor dan Sheera Iskandar) telah diumumkan sebagai pemenang tempat ketiga dan menerima hadiah wang tunai sebanyak RM50,000. Kumpulan Aku (Bell Ngasri, Hairi Safwan dan Idzham Ismail) diumumkan sebagai tempat keempat sekali gus membawa pulang wang tunai RM25,000. Bagi pusingan akhir Liga Lawak Superstar, kumpulan OMG dan Apa kasih Toq dikehendaki melakukan lima jenis permainan iaitu Mengecut, Penyanyi Berkepala Tiga, Awal & Akhir dan Karaoke Uncle. Pemenang dipilih berdasarkan 50 peratus markah juri profesional, 30 peratus undian Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) dan 20 peratus lagi juri awam di studio. Liga Lawak Superstar dihoskan oleh Afdlin dan Adibah Noor. Juri profesional pula terdiri daripada Ida Nerina, Vanidah Imran dan Adlin Aman Ramli. Anda mungkin juga Meminati |
You are subscribed to email updates from Fizz Fairuz - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan