Nuffnang

Ahad, 15 Disember 2013

Fauzi Nawawi - Google Blog Search

Fauzi Nawawi - Google Blog Search

Fauzi Nawawi - Google Blog Search


Noni AF5 Nafi Jalin Hubungan Dengan <b>Fauzi Nawawi</b> | - Beautifulnara

Posted: 09 Oct 2013 05:09 PM PDT


Pelakon Fauzi Nawawi mendidik ramai pelakon baru dalam bidang lakonan, namun baru-baru ini dia dikatakan menjalin hubungan dengan Noni AF5, atau nama sebenarnya Nonny Nadirah Zainuddin.

Hari ini Harian Metro melaporkan yang Noni mendakwa ianya sekadar hubungan profesional.

Hubungan kami rapat atas dasar kerja dan tidak lebih daripada itu. Saya juga 'anak didik' Fauzi kerana dia banyak membimbing saya dan memberi pelbagai tip dalam bidang lakonan.

Bukan saya saja, malah ramai lagi artis lain yang menimba ilmu lakonan dengannnya seperti Ika Nabella, Reen Rahim, Agnes Wong dan ramai lagi, tapi mengapa saya pula yang digosipkan dengannya?

Menurut Noni, dia mula mengenali Fauzi ketika menyertai program Jelajah Festival Filem Malaysia tahun ini, dan pada masa itu Fauzi turut ditemani isterinya, Lisdawati. Fauzi memberitahunya yang dia ada pakej yang lengkap untuk menjadi pelakon dan menawarkan Noni untuk berlakon dalam drama arahannya.

Tambah Noni lagi Fauzi seorang yang tegas ketika bekerja kerana inginkan hasil terbaik untuk drama, dan Noni turut menyifatkan dirinya bertuah kerana dapat menimba ilmu melalui pelakon hebat seperti Fauzi.

Manakala dia juga turut rapat dengan Lisdawati yang dianggap seperti kakak. Dia berharap dirinya tidak akan dikaitkan mempunyai hubungan dengan Fauzi lagi kerana tidak mahu mengguris hati keluarganya.

Baguslah Noni kerana awal-awal menyatakan pendirian sebegini, kalau perkara tidak benar tidak ada apa yang perlu ditakutkan dan nyatakan saja 'tidak', bukan? Mudah saja.

Baca Yang Ini Pulak:-

<b>Fauzi Nawawi</b> Tangguh Tayang Filem &#39;Pak Pung&#39; - MyNewsHub

Posted: 07 Nov 2013 07:52 PM PST


PETALING JAYA – Pelakon dan pengarah filem Fauzi Nawawi terpaksa menunda tayangan filem pertamanya berjudul Pak Pung pada tahun hadapan kerana bimbang ia gagal mendapat sambutan daripada penonton.

Fauzi, 40, berkata, keputusan itu dibuat kerana pasaran filem tempatan yang agak lembap ketika ini dan tidak mahu mengambil risiko untuk menayangkan filem itu.

"Filem berkenaan telah siap 100 peratus dan sepatutnya ia ditayangkan pada tahun ini tetapi dengan keadaan pasaran filem tempatan yang lembap membuatkan saya tidak berani mengambil risiko kerana bimbang ia tidak akan mendapat sambutan," katanya kepada mStar Online.

Filem yang menelan kos sebanyak RM2 juta terbitan 9 Country Sdn Bhd itu menampilkan barisan pelakon seperti Izreen Azmidar, Siti Saleha, Marsha Milan Londoh, Syawal, Jasmin Hamid, Datuk Eizlan Yusof, Saiful Apek, Lisdawati selain penampilan istimewa model popular, Amber Chia.

Dalam perkembangan sama, Fauzi berkata, dia lebih berhati-hati agar filem berkenaan tidak tersebar di Internet seperti mana berlaku kepada KL Gangster 2 selain memastikan salinan asal filem itu sentiasa ada padanya.

Jelas Fauzi, kejadian yang menimpa karya arahan Syamsul Yusof itu memberikan pengajaran kepada pembikin filem baharu sepertinya untuk lebih berhati-hati.

"Saya sedar jika simpan filem ini terlalu lama ia akan mengundang masalah seperti mana berlaku kepada KL Gangster 2 tetapi buat masa ini salinan asal belum diserahkan kepada mana-mana pihak.

"Ia hanya akan dihantar ke Lembaga Penapisan Filem (LPF) apabila kami sudah bersedia untuk menayangkan filem ini," katanya. – mStar Online

Fauzi Nawawi Tangguh Tayang Filem 'Pak Pung'http://mynewshub.my/wp-content/uploads/2013/11/Fauzi1.jpghttp://mynewshub.my/wp-content/uploads/2013/11/Fauzi1-150x150.jpgMyNewsHub myArtisTerkini,

PETALING JAYA - Pelakon dan pengarah filem Fauzi Nawawi terpaksa menunda tayangan filem pertamanya berjudul Pak Pung pada tahun hadapan kerana bimbang ia gagal mendapat sambutan daripada penonton. Fauzi, 40, berkata, keputusan itu dibuat kerana pasaran filem tempatan yang agak lembap ketika ini dan tidak mahu mengambil risiko untuk menayangkan...

PETALING JAYA - Pelakon dan pengarah filem Fauzi Nawawi terpaksa menunda tayangan filem pertamanya berjudul Pak Pung pada tahun hadapan kerana bimbang ia gagal mendapat sambutan daripada penonton. Fauzi, 40, berkata, keputusan itu dibuat kerana pasaran filem tempatan yang agak lembap ketika ini dan tidak mahu mengambil risiko untuk menayangkan filem itu. "Filem berkenaan telah siap 100 peratus dan sepatutnya ia ditayangkan pada tahun ini tetapi dengan keadaan pasaran filem tempatan yang lembap membuatkan saya tidak berani mengambil risiko kerana bimbang ia tidak akan mendapat sambutan," katanya kepada mStar Online. Filem yang menelan kos sebanyak RM2 juta terbitan 9 Country Sdn Bhd itu menampilkan barisan pelakon seperti Izreen Azmidar, Siti Saleha, Marsha Milan Londoh, Syawal, Jasmin Hamid, Datuk Eizlan Yusof, Saiful Apek, Lisdawati selain penampilan istimewa model popular, Amber Chia. Dalam perkembangan sama, Fauzi berkata, dia lebih berhati-hati agar filem berkenaan tidak tersebar di Internet seperti mana berlaku kepada KL Gangster 2 selain memastikan salinan asal filem itu sentiasa ada padanya. Jelas Fauzi, kejadian yang menimpa karya arahan Syamsul Yusof itu memberikan pengajaran kepada pembikin filem baharu sepertinya untuk lebih berhati-hati. "Saya sedar jika simpan filem ini terlalu lama ia akan mengundang masalah seperti mana berlaku kepada KL Gangster 2 tetapi buat masa ini salinan asal belum diserahkan kepada mana-mana pihak. "Ia hanya akan dihantar ke Lembaga Penapisan Filem (LPF) apabila kami sudah bersedia untuk menayangkan filem ini," katanya. - <strong>mStar Online</strong>