Nuffnang

Ahad, 15 Disember 2013

Neelofa - Google Blog Search

Neelofa - Google Blog Search


BERITA ARTIS - <b>Neelofa</b> Akui Rapat Dengan Caprice - Gua.com.my

Posted: 07 Dec 2013 10:34 PM PST

Aktres dan pengacara Neelofa mengakui punya hubungan rapat dengan penyanyi rap Caprice tetapi menafikan pernah menjalin hubungan cinta dengannya.

Mengulas kenyataan Caprice dalam program sensasi Melodi yang disiarkan Ahad lepas, Neelofa berkata, "Kami memang sudah lama berhubungan rapat. Sewaktu dia mula-mula bertapak dalam industri, saya banyak memberikan sokongan kepadanya seperti muncul dalam muzik videonya dan membantu membina hubungannya dengan nama-nama lain dalam industri. Malah, hubungan rapat tersebut masih kekal ke hari ini. Tapi tidaklah sampai ke tahap bercinta. Bagi saya, Caprice seorang yang sangat kuat berusaha untuk membina nama dalam industri dan itu adalah satu kualiti yang sangat bagus."

Dia yang ditemui di majlis penganugerahan Fun, Fearless & Fabulous 2013 anjuran majalah Cosmopolitan pada Jumaat turut berkongsi keterujaannya yang akan terbang ke kota Los Angeles pada awal Januari depan bagi mendalami ilmu lakonan di New York Film Academy (NYFA). Pelakon filem 'Azura 2012' ini berkata perancangan untuknya belajar dalam kursus lakonan intensif selama sebulan itu telah lama dilakukan dan kini adalah waktu tepat untuknya ke sana.

"Waktu ini, saya belum lagi terikat dengan komitmen untuk mana-mana produksi filem ataupun program televisyen. Jadi, waktu senggang yang ada mahu saya manfaat sepenuhnya untuk menjalani kursus intensif tersebut. Semua proses perundangan membabitkan visa dan keperluan logistik kini hampir selesai dan sekiranya tiada aral melintang, saya akan terbang ke sana pada 2 Januari depan sebelum memulakan kelas pertama seawal 6 Januari. Kelas akan dijalankan hampir setiap hari seminggu hinggalah kelas terakhir pada 1 Februari," ujarnya panjang lebar.

Menerangkan pemilihan NYFA sebagai institusi pilihannya, Neelofa menjelaskan institut yang pernah dihadiri oleh aktres tempatan lain seperti Diana Danielle, Carmen Soo dan Liyana Jasmay itu memiliki kursus lakonan intensif yang begitu menyeluruh, merangkumi pembelajaran teori dan pengalaman di set sebenar dan unit belakang tabir.

Cuaca semasa yang tidak terlalu sejuk di Los Angeles waktu awal tahun turut menjadi faktor utama yang membawanya kepada pemilihan kampus yang terletak di dalam kawasan Universal Studios itu, sementelah dirinya tidak menggemari cuaca sebegitu. Untuk makluman, NYFA turut memiliki kampus di kota New York.

Berkongsi yang dia akan menghadapi tempoh pembelajaran tersebut sendirian tanpa ditemani ahli keluarga, dia juga berkata kos pembelajaran akan ditanggung sepenuhnya oleh dirinya sendiri.

"Bapa saya ada menawarkan diri untuk menanggung kos tersebut, begitupun sedari mula saya memang berazam untuk melangsaikannya dengan hasil titik peluh sendiri kerana kursus ini saya jalani untuk keseronokkan dan menambahkan pengalaman," ujarnya lagi.

Bercerita tentang perkembangan terbaru kerjaya pengacaraannya, Neelofa berkata pihak pengurusannya dan produksi 'Nona' kini dalam proses perbincangan tentang masa depannya bersama rancangan ikonik itu. Program 'Meletop' kelolaannya di Astro kini memasuki musim kedua. Menyentuh tentang kerjaya lakonan, Neelofa berkata dua projek terbarunya, 'Pilot Cafe' dan 'Gangster Superstar' sedang menanti tarikh tayangan pada tahun hadapan. Dia juga bakal terbabit dalam filem terbaru pengarah Osman Ali berjudul 'Sinaran' yang akan memulakan penggambaran pada Mac.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan