Nuffnang

Ahad, 8 Disember 2013

Liyana Jasmay - Google Blog Search

Liyana Jasmay - Google Blog Search


<b>Liyana Jasmay</b> Risau Berat Badan Tak Bertambah - Gua.com.my

Posted: 22 Nov 2013 08:00 AM PST

Aktres yang mula dicungkil bakatnya menerusi filem 'Castello', Liyana Jasmay, 25, menyatakan kerisauannya kerana berat badannya tidak bertambah walaupun dia sedang hamil 14 minggu hasil perkahwinannya dengan Fathuddin Mazlan pada 2 Februari yang lalu.

"Kini kandungan saya telah memasuki usia 14 minggu dan saya risau kerana berat badan saya tidak bertambah dengan banyak. Bertambah pun cuma satu atau dua kilogram sahaja. Sebelum ini, semasa kakak saya hamil, saya nampak pertambahan berat badannya dengan ketara. Namun begitu, saya telah berjumpa dengan doktor dan dia berpesan supaya saya jangan risau kerana apa yang penting sekali ialah kandungan saya membesar dengan sihat," jelas Liyana ketika ditemui di majlis pelancaran lagu runut bunyi filem 'Papadom 2' di Red Box Sogo, Kuala Lumpur.

Dalam pada itu, Liyana juga menceritakan yang kini dia mengalami alahan terhadap beberapa jenis makanan.

"Sebelum ini saya seorang yang kuat makan nasi, tapi sekarang kalau saya makan nasi dengan kuantiti yang banyak, saya akan muntah. Jadi, kadang-kadang jika saya teringin, saya akan mengambil nasi tapi dalam kuantiti yang sangat sedikit. Baru-baru ini pun saya muntah apabila saya makan cekodok," cerita Liyana lagi.

Selain itu, Liyana juga juga akan memperlahankan aktiviti lakonannya sepanjang kehamilan. Dia akan fokus kepada beberapa promosi filem lakonannya yang bakal ditayangkan dan Liyana akan menguruskan beberapa kerja belakang tabir untuk penerbitan drama-drama di bawah produksi miliknya iaitu Mermaid Studios.

Dalam perkembangan lain, Liyana juga bakal memasuki studio rakaman untuk merakamkan beberapa buah lagu untuk album terbarunya.

"Saya suka menyanyi. Jadi saya akan buat album seterusnya. Kali ini album itu akan memuatkan lagu-lagu yang pernah saya nyanyikan untuk beberapa buah drama. Mungkin saya akan merakamkan sebanyak dua buah lagu sebulan, tapi semuanya bergantung kepada keadaan. Saya juga berminat untuk merakamkan satu lagu khas untuk anak saya kelak," ujar Liyana mengakhiri perbualan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan