Nuffnang

Ahad, 8 Disember 2013

Maya Karin - Google Blog Search

Maya Karin - Google Blog Search


<b>Maya Karin</b> Promosi Lagu Di Radio Switzerland | ROTIKAYA

Posted: 04 Dec 2013 09:01 AM PST

Baru baru ini, Maya Karin telah diundang sebagai tetamu istimewa untuk sebuah program radio di Switzerland dan pelakon juga penyanyi ini sempat melontarkan suara beliau membawakan lagu Bintang Syurga untuk para pendengar di sana.

"Program yang disiarkan di Radio Television Suisse itu dikendalikan penyanyi terkenal di sana, Bastian Barker — selain ditemubual, Maya juga berpadu suara dengan Barker untuk beberapa lagu termasuk Bintang Syurga," ujar Pegawai Promosi & Pemasaran Warner Music Malaysia.

"Selain itu, Maya Karin turut mengadakan mini persembahan di Radio Television Suisse yang disaksikan oleh kira-kira 200 penonton," tambahnya lagi.

Dalam kenyataan yang sama hari ini, Maya Karin khabarnya telah mendapat sambutan yang baik daripada penonton di Switzerland dan mereka menyukai akan alunan suara Maya Karin yang gemersik itu. Mana tahu rezeki boleh bina karier di'sana 'kan? (rtky/m)


Tiada ulasan:

Catat Ulasan