Nuffnang

Khamis, 9 Januari 2014

Aaron Aziz - Google Blog Search

Aaron Aziz - Google Blog Search


Pulang Dari Hong Kong, Isteri <b>Aaron Aziz</b> Kini Bertudung | ROTIKAYA

Posted: 23 Dec 2013 03:04 AM PST

Buat peminat Aaron Aziz, isterinya Diyana Halik sering dilihat sebagai insan terpenting dalam perkembangan kerjaya pelakon popular itu dan kini ada berita gembira yang disampaikan buat para peminat tentang penampilan beliau.

Aaron Aziz yang ditemui semasa berlangsung sidang media Oh My English: Hello America! pagi tadi tampil bersama-sama dengan isterinya, Diana Halik yang kini tampil berhijab selepas kepulangan mereka dari Hong Kong.

"Alhamdulillah saya bersyukur sekali perubahan yang dilakukan Diana pada hari ini. Saya agak pelik sedikit kerana selalunya orang baru balik dari umrah yang akan memakai tudung tetapi ini amat berbeza sekali dengan Diana kerana selepas pulang dari Hong Kong dia terus berubah untuk memakai tudung. Inilah kuasa Allah tidak kira di mana sahaja kita berada dan sekiranya dia berkehendakkan sesuatu maka jadilah ia," tutur Aaron memulakan bicara.

Aaron juga memberitahu bahawa dia tidak pernah memaksa isterinya itu untuk bertudung, malah sebagai suami dia hanya memberikan peringatan dan nasihat buat isterinya walaupun suatu ketika dahulu mereka pernah mengejarkan umrah. Hari ini, Diana Halik telah memberikan perubahan yang sangat positif buat Aaron dan keluarganya.

"Saya tidak pernah paksa Diana untuk memakai tudung. Saya sendiri lebih suka untuk berikan peringatan & nasihat buatnya. Biarlah dia memakai tudung secara ikhlas dan kerana memenuhi tuntutan Islam. Bukan bertudung kerana suami," katanya bersungguh.

Sementara itu, Diana pula memberitahu bahawa perubahannya itu sudah sampai masanya dan disebabkan juga oleh suaminya yang suka menunjukkan video-video dari laman Youtube mengenai tanda-tanda kiamat yang sudah berlaku di dunia akhir zaman ini.

"Bersyukur kerana akhirnya saya sudah bertudung walau pun masih belum berlitup penuh lagi. Saya sekarang masih perlahan-lahan dalam menyesuaikan imej saya yang baru ini"

"Apa yang membuatkan saya memakai tudung ini juga adalah disebabkan Aaron yang suka menunjukkan video-video seperti tanda-tanda hari kiamat seperti salji yang turun di bumi Mesir dan sebagainya," ujarnya.

Di kesempatan itu juga Aaron dan isterinya, Diana berharap peminat-peminat dapat mendoakan perubahannya dan seterusnya memberikan sokongan.

"Saya berharap di kesempatan ini peminat-peminat Aaron dapat mendoakan perubahan imej saya dan saya akan cuba perlahan-lahan untuk bertudung dengan cara yang betul berlandaskan ajaran Islam," tambah Diana lagi berharap.

"Selepas ini mesti ada yang suka dan tak kurang juga akan mengutuk tetapi saya tidak kisah kerana itu semua menjadi lumrah dan asalkan benda yang baik kita lakukan itu sudah cukup. Bukan senang untuk puaskan hati orang walaupun kita berbuat kebaikan, jadi terpulanglah pada orang ramai untuk menilainya," kata Aaron mengakhiri perbualannya. (rtky/hfz)


Tiada ulasan:

Catat Ulasan