Nuffnang

Khamis, 9 Januari 2014

Iqram Dinzly - Google Blog Search

Iqram Dinzly - Google Blog Search


Soo Wincci Menggigil Dilamar <b>Iqram Dinzly</b> | Oh! Artis

Posted: 17 Dec 2013 03:39 AM PST

Penyanyi yang kini sedang menempa nama di Taiwan, Soo Wincci mengakui berasa terkejut apabila dilamar oleh pelakon drama 'Ayoub', Iqram Dinzly ketika majlis pelancaran album mini terbarunya, 'Su Win Si by Soo Wincci', di M Suite @ Embassy Row, Jalan Ampang, baru-baru ini.

"Tangan saya menggigil ketika disarungkan cincin oleh Iqram. Benda yang paling lemah bagi saya ialah percintaan dan apabila dilamarnya, memang satu kejutan besar buat saya. Terima kasih kepada Iqram kerana lamaran ini memberi memori yang indah buat saya," tutur Soo Wincci saat berkongsi perasaannya dilamar pelakon drama siri 'Dunia Baru' itu.

"Kami mula rapat selepas berjumpa dalam satu majlis dan saya sangat selesa dengan dia. Saya seorang yang sangat gila bekerja dan sebab itulah saya kehilangan ramai kawan. Memandangkan Iqram tinggal berdekatan dengan rumah saya, jadi saya sering keluar dengan dia. Buat masa sekarang kami hanya berkawan dulu kerana selagi saya tidak sampai ke Hollywood, saya tidak mahu fikir lagi soal jodoh." jelas Wincci.

Sementara itu, Iqram Dinzly pula menjelaskan hubungannya dengan artis wanita itu hanyalah sekadar kawan rapat dan tidak lebih daripada itu. Dia juga tidak pernah mempunyai niat untuk mengambil kesempatan dalam membina sesebuah hubungan persahabatan.

"Saya sangat kagum dengan kecekalan Soo Wincci, dia seorang yang bekerja keras untuk mencapai cita-citanya. Kami banyak bertukar-tukar pendapat tentang kerja masing-masing dan belajar benda yang baru," katanya.

OHMEDIA: JANGAN CEPAT BUAT SPEKULASI YA, GIMIK SEMATA-MATA. HAHA.

<b>Iqram Dinzly</b> Melamar Soo Wincci? | MyArtis - Mynewshub.my

Posted: 16 Dec 2013 07:54 PM PST

Pastinya anda terkejut membaca headline di atas kan?

Penulis pun berasa terkejut, yelah sebelum ini tak pernah dengar sebarang gosip mengenai mereka, tup-tup dengar cerita Iqram Dinzly dah pun melamar si cantik manis Soo Wincci.

Iqram dikatakan melamar Wincci ketika majlis pelancaran album mini terbaru penyanyi wanita itu di Jalan Ampang, baru-baru ini.

"Tangan saya mengigil ketika disarungkan cincin oleh Iqram. Benda yang paling lemah bagi saya ialah percintaan dan apabila dilamarnya, memang satu kejutan besar buat saya. Terima kasih kepada Iqram kerana lamaran ini memberi memori yang indah buat saya," kata penyandang gelaranMiss World Malaysia 2008 itu yang dipetik menerusi portal Gua.

Wincci juga mendedahkan dia mula rapat berkawan dengan bekas pengacara Jalan-Jalan Cari Makan itu selepas berjumpa dalam satu majlis dan memandangkan Iqram tinggal berdekatan dengan rumahnya, menjadikan mereka sering keluar menghabiskan masa bersama-sama berdua.

Walau bagaimanapun, Wincci tetap berpegang kepada kenyataannya sebelum ini yang mengatakan dirinya tidak mahu memikirkan soal jodoh sekiranya namanya masih belum terpahat di Hollywood.

Tapi, kalau dah jodoh sampai dulu, takkan nak menolak pulak kan Wincci?

Tak gitu?

Oleh: AUDREY LEE

Anda mungkin juga meminati:

Yuyu Rashid: Video <b>Iqram Dinzly</b> melamar Soo Winchi

Posted: 17 Dec 2013 08:12 PM PST

 Pastinya anda terkejut membaca headline di atas kan?

Yelah , yuyu pun terkejut , sebelum ini tak pernah dengar sebarang gosip mengenai mereka , tup tup dengar cerita Iqram Dinzly dah pun melamar si cantik manis Soo Wincci.

Iqram dikatakan melamar Wincci ketika majlis pelancaran album mini terbary penyanyi wanita itu di Jalan Ampang , baru baru ini.


" Tangan saya mengigil ketika disarungkan cincin oleh Iqram. Benda yang paling lemah bagi saya ialah percintaan dan apabila dilamarnya , memang satu kejutan besar buat saya . Terima kasih kepada Iqram kerana lamaran ini memberi memori yang indah buat saya", kata penyandang gelaran Miss World Malaysia 2008 itu yang dipetik menerusi portal Gua.




 Wincci juga mendedahkan dia mula rapat berkawan dengan bekas pengacara Jalan Jalan Cari Makan itu selepas berjumpa dalam satu majlis dan memandangkan Iqram tinggal berdekatan rumahnya menjadikan mereka sering keluar menghabiskan masa bersama sama berdua.

Walaubagaimanapun , Wincci tetap berpegang kepada kenyataannya sebelum ini yang mengatakan dirinya tidak mahu memikirkan sial jodoh sekiranya namanya masih belum terpahat di Hollywood.

Tapi , kalau dah jodoh sampai dulu , takkan nak menolak pulak kan Wincci ?



baca untuk selanjutnya....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan