Nuffnang

Khamis, 9 Januari 2014

Adi Putra - Google Blog Search

Adi Putra - Google Blog Search


Tiada Tindakan Selanjutnya - Konklusi Kes <b>Adi Putra</b> | Portal <b>...</b>

Posted: 12 Dec 2013 06:14 AM PST

Tiada Tindakan Selanjutnya   Konklusi Kes Adi Putra

Selepas sekian lama membiarkan peminat tertanya-tanya mengenai status kontroversi skandal penyebaran foto sensual Adi Putra, akhirnya sebentar tadi pelakon tersebut tampil memberi kenyataan kepada media.

Menurut Adi, keputusan rasmi hasil siasatan kes ini adalah diklasifikasikan sebagai 'no further action' (NFA) atau tiada tindakan selanjutnya yang bermaksud tiada apa-apa pertuduhan ke atasnya.

Pelakon kelahiran Singapura ini turut menegaskan bahawa isu skandalnya kini dianggap selesai dan berharap dirinya tidak lagi dikaitkan dengan kontroversi sebegini lagi.

Dengan ini saya menegaskan bahawa aduan yang dikaitkan dengan diri saya ini telah selesai dan janganlah ada mana-mana pihak yang cuba menimbulkannya lagi dan mengaitkan dengan diri saya lagi.

Tiada Tindakan Selanjutnya   Konklusi Kes Adi Putra

Isteri Adi Putra tenang di sidang akhbar suaminya

Sehubungan dengan itu, Adi menyatakan tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak yang masih berdegil untuk menjatuhkan reputasinya.

Sebarang kenyataan atau artikel bertulis yang bertujuan mengaitkan saya dengan alegasi-alegasi yang dibuat oleh pengadu dengan niat menjatuhkan maruah dan reputasi saya adalah adalaah salah di sisi undang-undang dan saya tidak teragak-agak mengambil tindakan undang-undang ke atas mana-mana pihak yang menggunakan media cetak atau media elektronik semata-mata untuk merosakkan kerjaya saya dan menjatuhkan nama baik saya.

Untuk pengetahuan anda, pihak peguam Adi telah menerima keputusan rasmi ini daripada pihak Polis Di Raja Malaysia pada 2 Disember 2013 berhubung hasil siasatan di bawah Seksyen 509 Kanun Keseksaan berkaitan satu laporan polis Skudai Rpt: 4312/13 yang dibuat oleh pengadu.

Tambah Adi lagi, dirinya langsung tidak memberi sebarang kenyataan yang boleh mengganggu siasatan pihak polis selain sering mendapatkan khidmat nasihat dari peguam-peguamnya.

Terdahulu pada awal September yang lepas, nama Adi mula menjadi perbualan hangat apabila seorang lelaki membuat laporan polis mendakwa Adi mempunyai hubungan sulit dengan isterinya sekaligus mengganggu keharmonian rumahtangga mereka.

Siasatan Kes Skandal <b>Adi Putra</b> Tidak Telus – Suami Noraida |

Posted: 13 Dec 2013 03:05 AM PST


Sebentar tadi, telah berlangsung sidang media berkaitan kes skandal Adi Putra dengan Noraida Abd. Mutalib. Turut hadir ialah suami kepada Noraida, Amiruddin Othman. Semalam menerusi satu sidang media lain, Adi Putra telah mengumumkan bahawa kes ini diklasifikasikan sebagai "no further action" yang membawa erti tiada pertuduhan ke atas dirinya.

suami noraida

Di dalam sidang media ini, Amiruddin Othman mendakwa pegawai penyiasat kes ini iaitu Inspektor Fergie anak Din adalah tidak telus dan berat sebelah. Gambar yang ditunjukkan oleh Amiruddin di atas menunjukkan bahawa Adi Putra telah bertemu dengan pegawai tersebut. Kata Amiruddin menerusi Mstar Online:-

Saya mendapati siasatan terhadap kes melibatkan Adi Putra ini tidak telus dan berat sebelah apabila pegawai penyiasat kes berkenaan mohon agar laporan polis kes berkenaan ditarik balik.

Seperti yang sedia maklum bahawa kes ini kami percaya ianya tidak telus dan tidak profesional apabila hanya begitu ringkas sahaja siasatan yang telah dijalankan. Kami hanya mahu siasatan dijalankan semula dan dikendalikan oleh pegawai polis yang lain

noraidaPegawai penyiasat juga turut bertanyakan soalan yang tidak relevan kepada Noraida seperti "kalau Adi Putra nak kahwin dengan awak, awak nak tak" sebanyak 3 kali. Malah layanan yang diberikan kepada Noraida juga jelas berbeza dengan yang diberikan kepada Adi Putra. Contohnya waran tangkap akan dikeluarkan sekiranya tidak hadir namun untuk Adi Putra, pegawai penyiasat turun ke tempat penggambaran.

Amiruddin telah membuat satu laporan di bahagian tatatertib di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman di sini pada Jumaat agar satu tindakan terhadap pegawai penyiasat kes berkenaan iaitu Inspektor Fergie anak Din di sebuah balai polis di Johor dapat diambil. Sama-sama kita nantikan perkembangan selanjutnya kes ini.

Baca Yang Ini Pulak:-

Tiada ulasan:

Catat Ulasan