Adi Putra - Google Blog Search |
Isu Skandal <b>Adi Putra</b>: Nooraida Diceraikan Talak Satu | Portal <b>...</b> Posted: 19 Dec 2013 08:55 PM PST Dalam pada pihak wanita yang dikaitkan dengan isu skandal bersama Adi Putra sedang berusaha untuk membuka semula kes kontroversi berkenaan pada minggu lepas, timbul pula berita terbaru mengenai perceraiannya. Suami kepada Nooraida Abdul Mutalib, Amiruddin Othman mengakui telah menceraikan isterinya dengan talak satu pada 19 Disember 2013. Hal tersebut telah didedahkan sendiri oleh Amiruddin ketika ditemui pihak media di hadapan Jabatan Peguam Negara, Putrajaya, hari ini.
Tambah bapa kepada seorang cahaya mata itu, tujuan beliau ke Jabatan Peguam Negara hari ini untuk menghantar surat rayuan bagi mempertimbangkan keputusan kes yang berstatus No Further Action (NFA) sebelum ini. Nooraida dan bekas suaminya yang ditemui sewaktu sidang media tempoh hari Amiruddin yang ditemani dua orang peguamnya mahu agar kes tersebut dinilai semula dibawah seksyen yang lebih relevan. Sebelum ini kes tersebut dibawah seksyen 509, kini mereka memohon agar kes tersebut dinilai dibawah seksyen 498.
Tambahnya lagi jika rayuan mereka untuk meneruskan kes ini tidak menemui jalan penyelesaian, beliau akan tetap meneruskan kes tersebut menerusi undang-undang syariah dan sivil. Amiruddin dan Nooraida sebelum ini telah mendirikan rumah tangga selama 10 tahun dan mereka dikurniakan seorang cahaya mata, Noor Fasha Dania, 7 tahun. |
You are subscribed to email updates from Adi Putra - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan