Nuffnang

Jumaat, 17 Januari 2014

Farid Kamil - Google Blog Search

Farid Kamil - Google Blog Search


Anak Saya Tetap Eksklusif - <b>Farid Kamil</b> | Portal Hiburan OHBULAN!

Posted: 15 Jan 2014 08:59 PM PST

Anak Saya Tetap Eksklusif   Farid Kamil

Sebelum ini pasangan selebriti, Farid Kamil dan isterinya, Diana Danielle enggan terlalu mendedahkan anak sulung mereka kerana ingin menjaga eksklusiviti yang dipersetujui dengan pihak Astro.

Namun sejak beberapa hari lepas, terdapat sebuah akaun Instagram dan Twitter yang dibuka khas atas nama anak mereka, Muhammad.

Kewujudan akaun laman sosial tersebut sedikit sebanyak membuatkan peminat tertanya-tanya sama ada Farid dan Diana sudah bersedia untuk memperkenalkan anak mereka atau Muhammad tidak lagi eksklusif?

Anak Saya Tetap Eksklusif   Farid Kamil

Bagi saya, anak saya tetap eksklusif. Apa yang patut dikongsi, kami kongsikan. Lagipun akaun tersebut bukan dibuat oleh saya atau Diana sebaliknya pihak pengurusan isteri saya.

Selain daripada menerima baik kewujudan akaun tersebut, Farid juga menjelaskan ianya mampu membantu mereka mengabadikan detik-detik anaknya menjalani proses pembesaran dari hari ke hari.

Anak Saya Tetap Eksklusif   Farid Kamil

Akaun Instagram milik anak Farid dan Diana

Beralih kepada soal majlis aqiqah yang telah dicanang sejak tahun lepas, Farid yang ditemui sewaktu hadir menemani Diana di majlis pra-tonton filem Kami Histeria malam semalam memberitahu majlis itu akan tetap diadakan cuma tarikhnya belum ditetapkan.

Majlis itu tetap diteruskan cuma bergantung pada kecepatan Diana habis belajar mengaji memandangkan ianya akan dilangsungkan sekali dengan majlis khatam Al-Quran isteri saya. Sekarang ni Diana masih lagi sedang belajar mengaji dengan seorang ustazah dan dia perlukan masa.

Menurut Diana pula, dia lebih selesa untuk mempelajari Al-Quran dengan cara tidak terlalu tergesa-gesa supaya dapat memahami dan menghayatinya.

Anak Saya Tetap Eksklusif   Farid Kamil

Saya tak nak habiskan baca Al-Quran sekali sahaja hanya untuk majlis tersebut tanpa memahaminya dan lepas tu dah tak buat. Lagipun Farid kata tak perlu kelam kabut, ambil masa untuk belajar. Jadi, saya pun ikut kata dia.

Menyentuh soal kerjaya pula, Diana kini lebih selesa menjaga anaknya sepenuh masa tanpa terikat dengan jadual lakonan.

Buat masa sekarang saya cuma sibuk menjadi pengacara untuk MyEG Xtra Time seminggu sekali dan juga perniagaan Luxuria Cosmetics yang saya jalankan.

Kalau soal lakonan, sekiranya tawaran yang diberikan berbaloi dengan masa saya yang padat, mungkin saya akan terima. Tapi sebenarnya saya tak kisah jika peminat saya berkurang bila saya kurang berlakon.

Namun begitu, pelakon cantik ini akan membuat kemunculan semula di dalam industri lakonan sejak berkahwin menerusi filem berjudul Kami Histeria.

Filem arahan Shamyl Othman bergenre komedi seram ini akan menemui para peminat di pawagam berdekatan pada 6 Februari 2014.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan