Nuffnang

Sabtu, 4 Januari 2014

Ezany Nizariff - Google Blog Search

Ezany Nizariff - Google Blog Search


BLOG-BLOG HIBURAN: <b>Ezany Nizariff</b> - Google Blog Search

Posted: 22 Dec 2013 07:19 AM PST


BLOG-BLOG HIBURAN: <b>Ezany Nizariff</b> - Google Blog Search

Posted: 09 Dec 2013 07:42 AM PST


BLOG-BLOG HIBURAN: <b>Ezany Nizariff</b> - Google Blog Search

Posted: 30 Nov 2013 07:09 AM PST


BLOG-BLOG HIBURAN: <b>Ezany Nizariff</b> - Google Blog Search

Posted: 28 Sep 2013 07:14 AM PDT


BERITA ARTIS - <b>Ezany Nizariff</b> Sudah Dapat Bayaran - Gua.com.my

Posted: 15 Jul 2013 03:39 PM PDT

Pelakon Ezany Nizariff akhirnya sudah boleh menarik nafas lega apabila sebuah syarikat produksi telah menyelesaikan hutang pembayaran mereka terhadap Ezany selepas Ezany melaporkan hal tersebut kepada Persatuan Karyawan Malaysia (Karyawan).

Menemui Ezany dalam satu sidang media khas anjuran Karyawan di Hotel Seri Pacific, Kuala Lumpur, dia menjelaskan bahawa dia bersyukur kerana masalah ini selesai. Namun, dia agak kecewa dengan Persatuan Seniman (Seniman) kerana mereka 'terlepas pandang' mengenai hal yang berlaku ke atas dirinya.

"Syukur, masalah yang saya hadapi telah pun selesai. Tapi saya sedikit kecewa dengan Seniman. Sebagai seorang ahli, masalah yang saya bangkitkan adalah masalah yang seringkali terjadi kepada golongan artis iaitu masalah mengenai pembayaran. Saya sudah membuat aduan kepada mereka semenjak April lagi untuk menyelesaikan permasalahan ini," luah Ezany yang pernah popular dengan drama bersiri 'Natasha'.

"Saya membuat laporan bertulis kepada Seniman pada 25 April yang lalu. Selepas itu, respon mereka kepada saya adalah mereka berkata mereka akan mengambil tindakan yang sewajarnya. Saya tunggu hari demi hari, namun masalah masih belum selesai. Saya ada menghubungi mereka semula, namun mereka katakan terdapat permasalahan dari pihak syarikat produksi yang menyukarkan mereka untuk menyelesaikan masalah ini.

Namun selepas saya menunggu dan menunggu tetapi masih belum mendapat maklum balas yang konkrit dari Seniman, saya nekad untuk membuat laporan polis kerana saya rasakan saya sudah habis ikhtiar," jelas Ezany pada sidang media yang turut dihadiri oleh Presiden Karyawan, Dato' Freddie Fernandez.

Ezany telah membuat laporan polis di Serdang bersama-sama dengan enam orang krew produksi mengenai ketiadaan pembayaran daripada syarikat produksi NR Network untuk drama 'Titisan' yang bakal disiarkan di stesen RTM. Selepas laporan tersebut, Ezany mengambil inisiatif untuk melaporkan secara rasmi kepada pihak Karyawan pula mengenai permasalahan yang dihadapi olehnya.

Karyawan terus bertindak dan membuat temujanji bersama dengan dengan wakil pihak produksi drama tersebut. Satu perjumpaan telah dilakukan untuk membincangkan mengenai permasalahan ini dan akhirnya bayaran yang tertunggak itu telah pun diselesaikan oleh pihak produksi terbabit.

Ezany menerima pembayaran menerusi cek daripada wakil produksi tersebut pada 29 Jun 2013 yang lalu dan Ezany sudah pun menunaikan cek berkenaan pada 7 Julai 2013. Masalah enam orang krew yang belum mendapat bayaran juga telah dilangsaikan oleh pihak produksi beberapa hari selepas laporan polis itu dibuat.

Sementara itu, Freddie mendedahkan mengenai usaha yang dilakukan oleh Karyawan bagi menyelesaikan masalah ini. Jelas Freddie, cara pengendalian pihak Karyawan adalah kunci utama penyelesaian permasalahan ini.

"Cara pengendalian adalah perkara yang paling penting. Karyawan harus meyakinkan kedua-dua belah pihak untuk duduk semeja dalam menyelesaikan permasalahan yang dihadapi. Sesebuah persatuan itu harus ada mekanisma dan kemahiran tersendiri untuk mengendalikan kes seperti ini bagi membela nasib anak seni," ulas Freddie dalam sidang yang diadakan pada Selasa.

<b>Ezany Nizariff</b> Tak Kenang Budi - Zed Zaidi

Posted: 16 Jul 2013 04:44 PM PDT

Tuduhan pelakon Ezany Nizariff kononnya Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) tidak bertindak terhadap dua laporannya adalah satu kenyataan yang dianggap tidak mengenang budi.

Presiden Seniman, Zed Zaidi, 33, berkata, pihaknya telah berusaha untuk membantu Ezany, 40, tetapi perkara itu mestilah mengikut peraturan tertentu termasuklah mempunyai surat dengan pihak-pihak berkenaan.

"Kami sudah mendapat surat jawapan daripada pihak-pihak berkenaan untuk diaturkan temu janji bagi menyelesaikan masalah Ezany tetapi pada saat-saat akhir Ezany tidak memberi respons kepada kami sama ada untuk menyertai pertemuan itu atau pun tidak.

"Sebaliknya Ezany memberi kami pilihan untuk melantik sebuah persatuan seni lain sebagai pemerhati dalam pertemuan itu. Mana boleh macam tu? Persatuan mana yang dia nak minta tolong sekarang ini?", ujar Zed Zaidi.

Beliau mengulas kenyataan Ezany yang kesal dengan tindakan Seniman kerana gagal bertindak selepas pelakon membuat dua laporan pada April lalu berhubung isu tunggakan hutang syarikat produksi terhadapnya dan kes kononnya dia digam oleh RTM.

Bagaimanapun maslah Ezany itu selesai apabila dia menerima semula baki hutang sebanyak RM3,500 untuk penggambaran drama Titian Dua terbitan NR Network selain salah fahamnya dengan pihak RTM juga dapat diselesaikan selepas meminta bantuan Presiden Persatuan Karyawan Malaysia (Karyawan), Datuk Freddie Fernandez.

Katanya, perbuatan Ezany yang menuduh Seniman 'tidak buat kerja' itu benar-benar tidak profesional kerana dalam masa yang sama dia merujuk kes berkenaan kepada persatuan lain untuk meminta bantuan.

"Kami buat kerja ikut peraturan. Bukan ikut cara cowboy. Kami berniat nak bantu Ezany tetapi akhirnya dia kutuk kami balik. Dia tuduh kami tak buat kerja tetapi bila kami nak tolong, muncul pula persatuan lain yang nak tunjuk hero," katanya.

<b>Ezany Nizariff</b> - KotakBerbunyi

Posted: 26 Jun 2013 10:56 PM PDT

Ezany-Nizariff-565x529

Meskipun telah diberi peluang selama seminggu oleh pengarah, Abdul Rahim Awang bermula Selasa (semalam) untuk membuat permohonan maaf secara terbuka, namun pelakon Ezany Nizariff akui berkeras yang dia tidak akan berbuat demikian sebelum atau selepas tempoh tersebut berakhir.

Ezany Nizariff berkata dia berada di pihak yang benar dan bersedia berhadapan dengan apa jua kesan dan kemungkinan biarpun perlu berhadapan dengan kes mahkamah kelak.

"Saya tidak kisah berapa banyak tempoh yang mahu diberikan kerana bila-bila pun saya tidak akan membuat permohonan maaf secara terbuka."

"Pelakon tambahan itu sudah pun membuat laporan polis dan ianya memang disahkan oleh pihak polis, jadi mengapa dia perlu mengelak. Dia tidak perlu hendak gertak saya atau apa. Kita ada undang-undang dan semuanya akan berjalan mengikut prosedur yang betul."

"Saya tak kira apa nak jadi, jadilah tetapi saya tetap tidak akan membuat permohonan maaf secara terbuka seperti mengikut kehendaknya, malah saya sudah bersedia jika dia mahu bawa perkara ini ke tengah," katanya

Rahim Awang telah membuat laporan di Balai Polis Melawati petang Isnin lalu selepas mendakwa pelakon Ezany Nizariff cuba memfitnah kononnya dia mencabul seorang pelakon tambahan serta mengadakan hubungan seks dengan seorang pelakon baru.

Malah, Rahim yang juga Timbalan Presiden, Persatuan Pengarah Filem Malaysia (FDAM) itu telah memberikan tempoh seminggu bermula Selasa (hari ini) bagi menuntut Ezany membuat permohonan maaf secara terbuka.

Tambahnya lagi, jika pelakon tersebut enggan berbuat demikian, Rahim akan mengambil tindakan seterusnya dengan membawa kes tersebut ke mahkamah.

Ezany memberitahu dia tidak takut dan bersedia jika kesnya dibawa ke mahkamah kerana dengan cara itu, dia berpeluang untuk membongkar lebih banyak perkara yang telah dilakukan oleh pengarah filem tersebut.

"Saya tidak takut, malah bersedia dengan peguam peribadi saya jika dia bawa perkara ini ke mahkamah. Sebaliknya dia perlu berjaga-jaga kerana jika perkara ini sudah dibawa ke mahkamah dan saya akan bongkar lebih banyak salah laku yang dilakukannya," jelasnya lagi.

Terdahulu pada 17 Jun lalu, Ezany bersama enam orang kru produksi telah membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Serdang dekat sini selepas mendakwa sebuah syarikat produksi, NR Network, tidak membayar baki wang kerja-kerja lakonan kepada mereka menerusi drama Titian Dua arahan Abdul Rahim.

Malah Ezany turut mendedahkan produksi tersebut turut mempunyai masalah lain apabila pengarahnya iaitu Rahim telah cuba mencabul seorang pelakon baru dikenali sebagai Farrah di lokasi penggambaran. Pelakon itu telah pun membuat laporan polis pada hari sama di Balai Polis Kota Damansara.

KB Shouts : setel elok elok ok
Sumber : murai

Tiada ulasan:

Catat Ulasan