"SECARA jujurnya saya sedih sebab ada lagi orang-orang yang terlalu sensitif dan cepat melenting dengan perkara yang tidak sepatutnya.""Pada mulanya saya faham situasi beberapa pengikut Instagram yang nampak loket yang saya pakai itu sebagai lambang salib memandangkan saiznya kecil dan tidak jelas.
"Tapi saya mula tidak faham mengapa setelah saya jelaskan perkara sebenar, mereka masih mahu katakan perkara yang sama.
Sebagai orang Islam, tidak masuk akal saya mahu pakai lambang salib.
"Kalau pakai pun mungkin sebab tidak perasan, tapi dalam hal ini saya memang pakai loket itu sebab mahu kongsikan gambar dengan para peminat saya.
"Ada yang cakap pada saya, lelaki mana boleh pakai rantai. Apa yang saya tahu ialah, ustaz saya pula cakap, lelaki tak boleh pakai emas.
Tapi bila individu itu mengatakan lelaki tak boleh pakai rantai, adakah dia jadi lebih konservatif?," katanya dengan panjang lebar." -Jehan
Tiada ulasan:
Catat Ulasan