Liyana Jasmay - Google Blog Search |
<b>Liyana Jasmay</b> Alergi Nasi, Hanya Makan Hidangan Barat - OhBulan Posted: 12 Nov 2013 04:00 PM PST Sudah lumrah hidup si ibu mengandung, pasti akan mengalami alahan dan rasa tidak sedap badan di awal kehamilan. Perkara itu turut dialami oleh pelakon genit, Liyana Jasmay yang sering muntah-muntah sepanjang mengandung selama 13 minggu ini. Artikel berkaitan: Liyana Jasmay Bakal Bergelar Ibu Tahun Hadapan? Selain daripada itu, Liyana juga mendedahkan tekaknya hanya boleh menerima hidangan tertentu sahaja buat masa sekarang.
Disebabkan alahan dan gangguan kesihatan yang agak teruk jugalah Liyana diarahkan berehat dari lakonan oleh doktornya sehingga bersalin nanti.
Untuk pengetahuan anda, Liyana sepatutnya membintangi drama berjudul Ride namun watak utama itu telah digantikan dengan Elfira Loy. Ride merupakan siri drama 13 episod yang mengisahkan tentang percintaan dan persahabatan Elana (Elfira Loy), seorang graduan undang-undang yang memiliki kafe berkonsep basikal fixie. Dalam perkembangan lain, Liyana yang dijangka akan melahirkan bayi sulung pada bulan Mei tahun hadapan menyatakan bakal menetap di Sabah bersama suami selepas rumah baru mereka di sana siap sepenuhnya.
Apapun untuk semua pembaca OHBULAN!, di sini kami sertakan foto-foto Liyana Jasmay yang ditemui sewaktu majlis Media Prima TV Networks Screening 2014 baru-baru ini. |
You are subscribed to email updates from Liyana Jasmay - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan