Nuffnang

Rabu, 15 Januari 2014

Syamsul Yusof - Google Blog Search

Syamsul Yusof - Google Blog Search


(GOSIP)Keluarga <b>Syamsul Yusof</b> Masuk Merisik Puteri Sarah Liyana <b>...</b>

Posted: 13 Jan 2014 12:59 AM PST


Wah. Sungguh hebat para CSI di Forum Cari. Terbaru mereka telah berkongsi 2 keping gambar di mana Datuk Yusof Haslam dan isteri duduk di samping Puteri Sarah Liyana. Kemungkinan besar tujuan mereka ke sana ialah untuk masuk merisik Puteri Sarah buat anak mereka, Syamsul.

syamsul yusof masuk merisik puteri sarah liyana

Sebelum ini memang dikhabarkan bahawa Syamsul Yusof dan Puteri Sarah Liyana sedang bercinta. Namun perkara tersebut tidak disahkan oleh kedua-dua belah pihak. Dengan adanya gambar ini, kemungkinan besar perkara tersebut adalah benar. Tahniah diucapkan kepada Syamsul Yusof dan Puteri Sarah Liyana jika majlis merisik benar-benar berlaku.

syamsul yusof masuk merisik puteri sarah liyana

Abang Nara doakan agar semuanya berjalan dengan lancar buat mereka berdua. Tahniah sekali lagi.

Baca Yang Ini Pulak:-

Keluarga <b>Syamsul Yusof</b> Risik Puteri Sarah Liyana | ROTIKAYA

Posted: 12 Jan 2014 11:26 PM PST

Seorang penggiat forum Cari berkongsikan beberapa keping gambar yang menunjukkan Datuk Yusof Haslam & isteri bersama Puteri Sarah Liyana — dan kami difahamkan ini merupakan majlis merisik gadis itu untuk pihak Syamsul Yusof.

Majlis merisik Puteri Sarah Liyana khabarnya berlangsung hujung minggu lalu.

Ibu kepada Syamsul Yusof, Datin Patimah Ismail mengesahkan yang majlis merisik Puteri Sarah Liyana telah berlangsung pada Ahad lalu di Sri Damansara dan berkata anaknya itu bakal berkahwin sekitar Februari 2014 akan datang.

"Majlis merisik itu diadakan secara ringkas dan saya telah menyarungkan sebentuk cincin di jari Sarah namun tiada sebarang majlis pertunangan diadakan kerana Syamsul mahu bernikah terus dengan Sarah," ujarnya kepada mStar Online.

Syamsul Yusof meluahkan hasrat untuk memperisterikan Puteri Sarah Liyana kepada keluarganya selepas pulang mengejakan umrah pada 28 Disember yang lalu.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan