Nuffnang

Sabtu, 25 Januari 2014

Mila Jirin - Google Blog Search

Mila Jirin - Google Blog Search


<b>Mila Jirin</b> Rancang Kahwini Ahli Perniagaan - Gua.com.my

Posted: 16 Jan 2014 08:00 AM PST

Penyanyi kecil molek, Nor Sharmila Jirin atau Mila Jirin sering kali dihimpit gosip yang mendakwa dia mendapat tajaan daripada golongan VIP. Biarpun begitu, Mila sering menepis dakwaan ini dan menegaskan kesenangan yang diraihnya adalah hasil titik peluhnya sendiri. 

"Saya sudah lali dengan gosip yang mengatakan bahawa saya mendapat tajaan. Ingin saya tegaskan sekali lagi bahawa semua harta benda yang saya milik adalah hasil titik peluh dan usaha saya sendiri," ujar Mila ketika di majlis pratonton filem 'Kami Histeria' di The Curve, pada Rabu.

Dalam masa yang sama, Mila turut berkongsi berita gembira dengan peminatnya. Jelas penyanyi berasal dari Pulau Pinang ini, dia kini sedang berkawan dengan seorang ahli perniagaan berusia 30-an.

"InsyaAllah, doakan yang terbaik. Kami juga mempunyai perancangan untuk berkahwin," ujar Mila ringkas.

Berkongsi tentang perancangan masa depannya, Mila memberitahu dia kini sedang fokus dengan dua perniagaannya. Jelas Mila, dia menganggap bidang perniagaan antara persiapannya untuk masa hadapan.

Mila bakal tampil dengan dua buah single yang salah satu daripadanya merupakan duet bersama Nubhan berjudul 'Hampir Jauh'.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan