Nuffnang

Sabtu, 25 Januari 2014

Ning Baizura - Google Blog Search

Ning Baizura - Google Blog Search

Ning Baizura - Google Blog Search


<b>Ning Baizura</b> Pinta Jangan Kontroversikan MVnya - Gua.com.my

Posted: 21 Jan 2014 10:31 AM PST

Single terbaru penyanyi Ning Baizura, 'Bukan Wanita Sempurna' kini sedang hangat diputarkan di stesen radio tempatan. Muzik video lagu tersebut telah disiarkan di laman YouTube baru-baru ini. Namun begitu, muzik video ini menampilkan sedikit kelainan dari segi penceritaan. Mengisahkan mengenai sepasang suami isteri, apa yang selalu kita lihat, suami akan berlaku curang kerana berhubung dengan wanita lain. Namun begitu, video muzik 'Bukan Wanita Sempurna' memaparkan si suami curang dengan isterinya kerana berhubungan dengan lelaki lain.

Menemui Ning di pejabat Universal Music Malaysia, Petaling Jaya sempena dengan majlis Chit Chat Bersama Ning Baizura pada Isnin, Ning menjelaskan yang muzik video tersebut merupakan amaran kepada kaum wanita di luar sana.

"Perkara tersebut merupakan suatu realiti yang terjadi di masa kini. Ini menjadi amaran buat kaum wanita di luar sana, seandainya perkara itu terjadi kepada mereka. Tujuan video klip ini bukanlah untuk mempromosikan kehidupan songsang dan sebagainya, tapi apa yang cuba dikupas adalah perkara yang benar-benar terjadi dalam kehidupan seharian manusia dan pengajaran di sebalik cerita tersebut," jelas ibu kepada Ryan Sky Dalton ini.

Muzik video ini diilhamkan oleh kisah benar. Menurut Ning, pengarah muzik video tersebut, Zul Ardhia yang berasal dari Indonesia mengenali seorang wanita yang jalan hidupnya sama seperti apa yang dipaparkan dalam muzik video ini. Sebelum menjalani penggambaran muzik video ini, Ning mendedahkan yang dia berasa gementar dengan jalan cerita muzik videonya ini.

"Pada mulanya, apabila saya mendengar jalan cerita muzik video ini, saya terus risau. Dalam hati saya, biar betul? Tapi apabila saya berjumpa dengan pengarah muzik video ini, dia menjelaskan mengenai apa yang tersirat di sebalik cerita yang cuba disampaikan. Bila saya amati semula, baru saya faham mengapa," tutur pelantun lagu 'Awan Yang Terpilu' ini.

Tambah Ning, dia berharap agar muzik video lagu terbarunya tidak dijadikan kontroversi ataupun isu kerana apa yang cuba disampaikan oleh muzik video tersebut adalah pengajaran dan kisah di sebalik apa yang berlaku, bukannya untuk mempromosikan kehidupan songsang.

<b>Ning Baizura</b> Nafi Sokong Hubungan Songsang - MyNewsHub.My <b>...</b>

Posted: 22 Jan 2014 01:12 AM PST


Bagi yang sudah menonton muzik video terbaru Ning Baizura yang berjudul Bukan Wanita Sempurna, pastinya anda berasa sedikit terkejut dengan keberanian penyanyi itu mengetengahkan isu hubungan sejenis atau songsang menerusi video itu.

Namun, menurut penyanyi bersuara soprano itu, dia pada mulanya menentang idea muzik video yang diilhamkan oleh pengarah video itu sendiri iaitu Zul Ardhia.

Memetik portal Murai, Ning berkata, "masa mula-mula idea ini dilontarkan kepada saya terus-terang saya sedikit gementar dan agak berat hendak melakukannya tetapi bila diyakinkan oleh pihak label iaitu Universal Music bahawa mereka mahu bawa satu kelainan kali ini saya pun terus bersetuju".

"Sebenarnya saya antara orang yang berfikiran sangat negatif bila idea ini diberikan kepada saya oleh pengarah videonya, Zul Ardhia. Bukan apa, saya kalau boleh hendak menjaga hati semua pihak, itu yang membuat saya sangat bimbang ketika itu," ulasnya lagi.

Muzik video itu memaparkan kecurangan suami yang beralih arah mencintai seorang jejaka lain sehingga menghancurkan hati isteri yang setia mencintainya.

Ning juga menafikan menyokong hubungan songsang dengan penerbitan video tersebut sebaliknya mengharapkan peminat di luar sana dapat melihat mesej yang cuba disampaikan menerusi lagu dan video tersebut.

"Saya harap, video klip ini tidak disensasikan dan harap khalayak lebih terbuka kerana sebenarnya kisah yang ditonjolkan kisah realiti sebenar yang pernah berlaku disekeliling kita juga, cuma kali ini divisualkan," katanya.

Baca di sini:  Video: Suami Ning Baizura Curang Dengan Lelaki?

Oleh: AUDREY LEE

Ning Baizura Nafi Sokong Hubungan Songsanghttp://mynewshub.my/wp-content/uploads/NING.jpghttp://mynewshub.my/wp-content/uploads/NING-150x150.jpgAuthor MNH myArtisTerkini,,

Bagi yang sudah menonton muzik video terbaru Ning Baizura yang berjudul Bukan Wanita Sempurna, pastinya anda berasa sedikit terkejut dengan keberanian penyanyi itu mengetengahkan isu hubungan sejenis atau songsang menerusi video itu. Namun, menurut penyanyi bersuara soprano itu, dia pada mulanya menentang idea muzik video yang diilhamkan oleh pengarah video...

Bagi yang sudah menonton muzik video terbaru Ning Baizura yang berjudul Bukan Wanita Sempurna, pastinya anda berasa sedikit terkejut dengan keberanian penyanyi itu mengetengahkan isu hubungan sejenis atau songsang menerusi video itu. Namun, menurut penyanyi bersuara soprano itu, dia pada mulanya menentang idea muzik video yang diilhamkan oleh pengarah video itu sendiri iaitu Zul Ardhia. Memetik portal Murai, Ning berkata, "masa mula-mula idea ini dilontarkan kepada saya terus-terang saya sedikit gementar dan agak berat hendak melakukannya tetapi bila diyakinkan oleh pihak label iaitu Universal Music bahawa mereka mahu bawa satu kelainan kali ini saya pun terus bersetuju". "Sebenarnya saya antara orang yang berfikiran sangat negatif bila idea ini diberikan kepada saya oleh pengarah videonya, Zul Ardhia. Bukan apa, saya kalau boleh hendak menjaga hati semua pihak, itu yang membuat saya sangat bimbang ketika itu," ulasnya lagi. Muzik video itu memaparkan kecurangan suami yang beralih arah mencintai seorang jejaka lain sehingga menghancurkan hati isteri yang setia mencintainya. Ning juga menafikan menyokong hubungan songsang dengan penerbitan video tersebut sebaliknya mengharapkan peminat di luar sana dapat melihat mesej yang cuba disampaikan menerusi lagu dan video tersebut. "Saya harap, video klip ini tidak disensasikan dan harap khalayak lebih terbuka kerana sebenarnya kisah yang ditonjolkan kisah realiti sebenar yang pernah berlaku disekeliling kita juga, cuma kali ini divisualkan," katanya. <span style="color: #ff0000;">Baca di sini:</span>  <a href="http://mynewshub.my/2014/01/15/video-suami-ning-baizura-curang-dengan-lelaki/#.Ut-QlhAZ7IU" target="_blank">Video: Suami Ning Baizura Curang Dengan Lelaki</a>? Oleh: <strong>AUDREY LEE</strong>