Nuffnang

Sabtu, 25 Januari 2014

Zul Handyblack - Google Blog Search

Zul Handyblack - Google Blog Search


BLOG-BLOG HIBURAN: <b>Zul Handyblack</b> - Google Blog Search

Posted: 09 Jan 2014 08:23 AM PST


BLOG-BLOG HIBURAN: <b>Zul Handyblack</b> - Google Blog Search

Posted: 26 Dec 2013 07:13 AM PST


Aksi ghairah direstui isteri <b>Zul Handy Black</b> | Korehan Info

Posted: 20 Dec 2013 12:45 AM PST

Aksi ghairah direstui isteri Zul Handy Black

Salam semua,

Pelakon yang juga dulunya dikenali dengan nama 'Zul Handy Black' kini semakin giat melibatkan dirinya dalam bidang lakonan pula. Lakonan yang perlukan watak yang agak 'emotional' dan penuh menjiwai watak yang memerlukan emosi sepenuhnya amat diminati Zul. Baru-baru ini timbul pula isu mengenai tindakan Zul yang dikatakan membawa watak 'bogel'?
Ujar Zul mengenai isu tersebut.

"Saya tidak akan menolak jika ditawarkan untuk berbogel dalam mana-mana filem di masa-masa hadapan dan isteri saya pun tidak kisah jika saya dikehendaki berbogel sekali lagi (dalam filem)." Sekali dengar ia seperti kenyataan 'berani mati' atau 'madah bercili' yang dilontarkan dari mulut pelakon Hollywood, tetapi realitinya itulah kenyataan tulus pelakon Zul Suphian tatkala mengulas mengenai karakter lakonannya dalam dua buah filem seram, Mantra dan Keramat.

Kontroversi atau tidak, itulah pendirian pemilik nama sebenar Nurzul Suphia'an Sa'ban, 38, yang dulunya dikenali sebagai Zul Handy Black. Dia nampaknya cuba mencipta 'jenama'nya yang tersendiri dengan sering muncul dalam babak 'panas' dalam filem-filem lakonannya.

Namakan satu pelakon Malaysia yang pernah muncul berbogel di layar perak dan kemudian kini muncul separuh bogel dalam adegan ghairah bersama pelakon wanita dalam filem terbaharunya kalau tidak Zul Suphian!

"Saya beruntung kerana keluarga dan isteri saya, Fyza memahami tugas saya selaku seorang pelakon. Mereka tahu saya lakukan semua ini untuk tugas saya dan saya juga akan bertindak profesional. Isteri saya tidak kisah, kerana dia tahu saya ramai 'teman wanita' dalam setiap produk lakonan saya," tutur Zul.

"Saya melakukan itu semua bukan untuk mengundang kontroversi tetapi kerana mengikut kehendak pengarah dan supaya penonton dapat gambaran yang lebih jelas," itu ulasan dan alasan pelengkap yang diberikan Zul merangkumi adegan bogelnya dalam filem Mantra pada tahun lepas dan adegan ghairahnya bersama aktres Mon Ryanti untuk filem Keramat yang kini sedang hangat ditayangkan di pawagam.

Kedua-dua filem tersebut seperti mana Santau, filem sulung lakonannya, juga dari genre seram, adalah hasil garapan pengarah, Azhari Mohd. Zain.

Bicara Zul, berbeza dengan Mantra yang memerlukan dia berbogel sendirian, dalam Keramat pula untuk karakter Nazmir lakonannya itu pula dia dikehendaki melakonkan babak ghairah ketika hanya menyarungkan tuala tatkala digoda adik iparnya, Munirah (lakonan Mon Ryanti) yang hanya berkemban dan sebenarnya dirasuk oleh roh Mustika (Diana Amir).

"Apabila babak bergaduh, kita perlu berlawan dengan bersungguh-sungguh. Untuk babak cinta, kita perlu timbulkan mood romantis dan apabila babak ghairah cabarannya adalah kita yang tidak ghairah ini perlu buat-buat ghairah agar lakonan yang diberikan menjadi," jelasnya lagi berbaur sedikit lucu.

Bagi Zul, beraksi ghairah bukanlah cabaran berat baginya, namun baginya, cabaran sebenar adalah apabila untuk filem Keramat dia perlu memerankan dua karakter yang berlainan iaitu watak Nazmir pada era hari ini dan Habib seorang lelaki yang hidup pada tahun 1900.

Zul memberi ulasan lagi, ketika diberi tawaran, Azhari sangat yakin bahawa dia pasti dapat membawakan dua watak tersebut dengan mudah kerana pernah bekerjasama dalam filem Santau dan Mantra sebelum ini.

"Apabila berlakon dalam filem genre sebegini, memang kita perlu buat satu kajian yang lebih kuat, dan mendalam kerana sudah pastinya genre seperti ini memerlukan konsentrasi dan penghayatan dalaman.

"Jadi mungkin tidak menjadi cabaran sangat kepada saya kerana perkara ini saya telah dicabar oleh pengarah yang sama (Azhari).

"Mungkin juga Azhari sudah lihat kemampuan saya dan fikirkan watak sebegini memang sesuai dibawa oleh saya. Watak ini sangat mudah dan saya tahu bagaimana harus membawa karakter ini dan bezanya cuma jalan cerita," jelas Zul lagi.[sumber]


Tiada ulasan:

Catat Ulasan