Nuffnang

Ahad, 9 Februari 2014

Adi Putra - Google Blog Search

Adi Putra - Google Blog Search


Saya Tak Risau Langsung - <b>Adi Putra</b> Respon Isu Kes Skandal <b>...</b>

Posted: 18 Dec 2013 12:31 AM PST

Saya Tak Risau Langsung   Adi Putra Respon Isu Kes Skandal

Umum tahu bahawa Adi Putra telah pun membuat sidang media sebelum ini dengan menjelaskan bahawa kes skandalnya dengan isteri orang beberapa bulan lalu telah diklasifikasikan sebagai no further action (NFA).

Artikel Berkaitan:

Namun begitu pada minggu lepas, wanita yang dikaitkan dengan isu ini, Nooraida enggan mengalah kerana pihaknya mendapati siasatan yang dijalankan sebelum ini dipercayai tidak telus.

Biarpun mereka berkeras ingin membuktikan Adi bersalah, namun pelakon itu yang ditemui di majlis pra-tonton filem Balistik malam semalam memberitahu dirinya langsung tidak merasa risau dengan tindakan pihak berkenaan.

Perkara ini sedikit pun tak memberi tekanan pada saya malah saya tak risau langsung. Pihak polis melakukan siasatan secara terperinci. Apapun, saya tak ada kuasa pun nak menutup kes ini dan saya hormati keputusan pihak polis.

Saya Tak Risau Langsung   Adi Putra Respon Isu Kes Skandal

Aida, isteri Adi Putra yang kuat menyokong belakang suaminya

Meskipun pernah mengeluarkan kenyataan untuk menyaman pihak yang mengaitkannya dengan kontroversi itu, namun nampaknya kali ini Adi lebih selesa untuk tidak mengulas lanjut mengenai permohonan membuka semula kes berkenaan.

Sebelum ini saya ada mengeluarkan kenyataan bahawa saya akan saman mana-mana pihak yang masih lagi mengaitkan saya dengan kes itu. Jika pihak tersebut nak berbuat demikian, saya tak nak komen apa-apa.

Jika isu ini tidak memberikan apa-apa tekanan pada saya, jadi saya tak perlu berbuat apa-apa. Saya menghormati keputusan pihak polis.

Saya Tak Risau Langsung   Adi Putra Respon Isu Kes Skandal

Adi tidak gentar dengan pihak berkenaan

Dalam pada itu, Adi menafikan dakwaan pihak berkenaan yang mengatakan kononnya dia mempunyai hubungan dengan pegawai penyiasat yang dilantik. Pelakon ini menjelaskan, pegawai tersebut hanya bergambar dengannya sebagai peminat.

Untuk makluman anda, Nooraida dan suaminya telah membuat laporan di bahagian tatatertib Ibu Pejabat Polis Bukit Aman terhadap pegawai penyiasat berkenaan.

Pasangan ini juga menyatakan akan menghantar surat kepada Pejabat Peguam Negara berkenaan hasrat mereka untuk membuka semula kes tersebut.

Walaupun dilanda pelbagai kontroversi yang sedikit sebanyak mencalarkan nama baiknya, Adi menegaskan layanannya terhadap peminat masih baik dan dia tetap akan membalas mesej-mesej mereka menerusi laman sosial Twitter serta Instagram tidak kira jantina.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan